• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Permit Himpunan Bantah ICERD Belum Lulus – KPN

oleh Cj Mnh
29/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun menegaskan dakwaan bahawa anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim dilanggar jentera bomba dan bukannya dipukul dalam insiden kekecohan di kuil Sri Maha Mariamman di Putra Heights, Subang Jaya, adalah tidak benar.

Beliau berkata maklumat yang diperoleh tidak mendapati Muhammad Adib, 25, dilanggar seperti yang tular di media sosial.

“Kalau tak dipukul macam mana dia boleh cedera kritikal ketika ini. Kita sekarang sedang kenal pasti siapa yang viralkan video berkenaan (yang kononnya menujukkan Muhammad Adib dilanggar).

“Kita juga masih sedang buru individu terlibat memukul Muhammad Adib. Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta tampil bantu siasatan polis untuk kenal pasti mereka yang bertanggungjawab,” katanya.

Mohamad Fuzi bercakap pada sidang media selepas merasmikan Forum Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC): Ke Arah Perkhidmatan Kepolisan Yang Cemerlang di sini hari ini.

Semalam, Badan Bertindak Selamatkan Kuil Sri Maha Mariaman mendakwa Muhammad Adib tidak dipukul sekumpulan perusuh sebaliknya beliau dihimpit jentera bomba, bagaimanapun dakwaan itu disangkal Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Dalam kejadian awal pagi Selasa, Muhammad Adib dipercayai dipukul sekumpulan perusuh ketika dalam operasi memadam kebakaran kenderaan di hadapan kuil tersebut.

Dalam pada itu, Mohamad Fuzi berkata beliau perkata polis masih belum meluluskan penganjuran perhimpunan mengenai ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) yang dijadual berlangsung di ibu negara.

“Mereka (penganjur) telah membuat pemohonan…kita sudah panggil penganjur. Setakat ini kita masih belum bagi permit kerana kena buat penilaian berkaitan keselamatan dahulu di samping mereka juga perlu mendapatkan kebenaran DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur),” katanya.

Pada 23 November lalu, Pejabat Perdana Menteri mengumumkan bahawa kerajaan Pakatan Harapan tidak akan meratifikasi ICERD. Susulan itu kerajaan berpendapat tiada keperluan menganjurkan perhimpunan berkenaan. – BERNAMA

Tags: dilanggarkekecohan kuil
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Anak Gajah Mati Dilanggar Lori Ayam, Melintas Tiba-tiba

Anak Gajah Mati Dilanggar Lori Ayam, Melintas Tiba-tiba

11/05/2025
0

GERIK: Situasi menyayat hati seekor gajah betina seakan 'meratapi' kematian anaknya yang dilanggar lori di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli...

Pelajar UniMAP Maut Dilanggar Di Arau

Pelajar UniMAP Maut Dilanggar Di Arau

08/02/2025
0

KANGAR: Seorang pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) maut selepas dilanggar sebuah kenderaan jenis Proton X50 ketika sedang berbasikal di Jalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd