• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengangur Curi Mainan Tranformers Dijel, Didenda

oleh Cj Mnh
28/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Tindakan seorang lelaki yang mencuri set permainan ‘Transformers’ membawa padah apabila dia dihukum penjara sehari dan didenda RM2,000 atau penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Salamiah Salleh menjatuhkan hukuman itu terhadap Ahmad Fazrul Yusoff, 34, selepas dia mengaku bersalah melakukan perbuatan itu di pasaraya Metrojaya, The Curve Mutiara Damansara, di sini, pada 6.18 petang, 17 Okt lalu.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang tidak bekerja didakwa mencuri seunit permainan Transformers Vovager dan seunit permainan Marvel Mighty Mugs yang bernilai keseluruhan RM251 milik pasaraya itu, mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum penjara 10 tahun atau denda.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Asyraf Asyh’ari Kamaruzaman memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran ke atas tertuduh, bagaimanapun tertuduh yang diwakili peguam Yusri Yusoff merayu hukuman ringan atas alasan tertuduh insaf selain pengakuan salahnya menjimatkan kos dan masa mahkamah.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, tertuduh keluar daripada pasaraya itu tanpa membuat sebarang bayaran sebelum ditahan oleh pengawal keselamatan dan dibawa ke balai polis berhampiran.

Difahamkan dia mencuri set permainan itu bagi melengkapkan koleksi mainan miliknya. – BERNAMA

Tags: Penganggurpermainan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bunuh Ibu Teman Lelaki, Penganggur Didakwa Di Mahkamah

Bunuh Ibu Teman Lelaki, Penganggur Didakwa Di Mahkamah

30/07/2025
0

TELUK INTAN: Seorang penganggur wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas tuduhan membunuh ibu kepada teman lelakinya,...

Penganggur Didakwa Bunuh Rakan Serumah Kerana Bilik Bersepah

Penganggur Didakwa Bunuh Rakan Serumah Kerana Bilik Bersepah

03/07/2025
0

SHAH ALAM - Seorang penganggur yang berhijrah dari kampung ke Sungai Buloh untuk mencari pekerjaan, didakwa di Mahkamah Majistret di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd