• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cuaca Buruk Tidak Halang Kejayaan PBIM 2018

oleh
25/11/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Maraton Antarabangsa Jambatan Pulau Pinang (PBIM) 2018 hari ini berjaya dianjurkan dengan baik, walaupun acara maraton 10 km yang dijadualkan bermula pukul 6.30 pagi terpaksa dibatalkan ekoran hujan lebat dan ribut petir.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Pelancongan, Warisan, Budaya dan Kesenian Pelancongan Negeri Yeoh Soon Hin berkata acara itu terpaksa dibatalkan kerana ada peraturan yang menetapkan bahawa acara larian perlu dihentikan jika berlaku ribut petir, demi keselamatan para peserta.

Beliau berkata walaupun acara maraton 10 kmdibatalkan, namun acara maraton penuh 42km yang dilepaskan pada pukul 1.30 pagi dan maraton separuh 21km yang dilepaskan pada pukul 3.00 pagi tetap dijalankan.

Bagaimanapun menurutnya pihak penganjur terpaksa menghantar beberapa buah bas untuk menjemput para peserta maraton penuh dan separuh itu yang masih berlari atas faktor keselamatan.

“Bas dijadualkan untuk menjemput semua peserta yang tidak dapat menghabiskan larian pada pukul 7.00 pagi, namun ekoran ribut petir, bas mula menjemput para peserta yang masih di atas jalan pada pukul 4.30 pagi. Kita kemudian terpaksa mengumumkan acara maraton 10 km dibatalkan pada pukul 6.00 pagi,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis PBIM 2018 berakhir di sini hari ini.

Biarpun cuaca tidak mengizinkan, para peserta masih bersemangat menunggu dan berkumpul demi acara kemuncak penyampaian hadiah kepada para peserta yang berjaya menghabiskan larian serta acara cabutan bertuah.

Salah seorang pemenang cabutan bertuah Fairuz Hanim Hasan, 31 berkata beliau sangat teruja dan tidak menyangka dapat memenangi hadiah cabutan bertuah iaitu sebuah kereta Perodua Axia kerana ini merupakan pertama kali beliau menyertai acara larian.

“Saya memang tidak menyangka akan menang. Ini pertama kali saya menyertai acara larian seperti ini, sebelum ini tidak pernah. Tambah pula, acara yang saya sertai telah dibatalkan, tidak sangka pula dapat menang kereta,” katanya.

Pemenang kedua hadiah cabutan bertuah Khaw Wong Shi, 24 yang berasal dari Kulim, Kedah juga berjaya membawa pulang sebuah kereta Perodua Axia biarpun acara yang hendak disertainya dibatalkan. – BERNAMA

Tags: CuacaMaraton
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Cuaca Panas, Angin Kencang Diramal Landa Tanah Suci Pada Musim Haji

Cuaca Panas, Angin Kencang Diramal Landa Tanah Suci Pada Musim Haji

29/05/2025
0

MAKKAH: Pusat Meteorologi Kebangsaan Arab Saudi meramalkan keadaan cuaca panas hingga sangat panas di kawasan Tanah Suci sepanjang musim haji...

Cuaca Dan Kecuaian Punca Kemalangan Kenderaan Pengangkut Kereta Perisai

Cuaca Dan Kecuaian Punca Kemalangan Kenderaan Pengangkut Kereta Perisai

29/11/2024
0

Kuala Lumpur : Faktor cuaca dan kecuaian pemandu antara punca utama kemalangan Kenderaan Pengangkut Kereta Perisai (KPKP) terbabas Kilometer (KM)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd