• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

China Sah Demam Babi Afrika Tular Ke Wilayah Hubei

oleh Cj Mnh
13/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEIJING – China telah mengesahkan satu penularan baharu wabak demam babi Afrika di Wilayah Hubei yang terletak di China tengah, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan Kementerian Pertanian dan Hal Ehwal Luar Bandar pada Selasa.

Daripada sejumlah 147 ekor babi yang diternak di dua ladang berhampiran di bandar Wuxue, tujuh disahkan telah dijangkiti virus itu manakala enam lagi mati, menurut kementerian tersebut di laman sesawangnya.

Kementerian itu telah menghantar sepasukan petugas ke Wuxue manakala pihak berkuasa tempatan memulakan satu respons kecemasan untuk menghalang, memusnahkan dan menyahjangkit babi yang terjejas.

Kenyataan itu menyebut penyakit tersebut telah dikendali dengan betul dan situasi adalah terkawal.

Ini merupakan penularan wabak demam babi di Hubei tahun ini.

Demam babi Afrika amat mudah berjangkit dan hanya menular dalam kalangan haiwan itu.

Ia tidak menjejaskan manusia atau spesies haiwan lain.

China melaporkan kes pertamanya pada Ogos di wilayah Liaoning yang terletak di bahagian timur laut negara itu.

Penularan selepas itu dilaporkan di beberapa wilayah lain. – BERNAMA

Tags: Demam Babi Afrikamenular
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wabak Hepatitis Menular Selepas Pandemik

06/05/2022
0

LONDON – Hampir 300 kes dipercayai hepatitis teruk menyerang kanak-kanak di 20 buah negara seluruh dunia termasuk sebilangan di Asia...

Demam Babi Afrika Menjangkiti 3,000 Babi Di Perak

13/04/2022
0

Ipoh : Lebih 3,000 khinzir komersil membabitkan tiga ladang di dua daerah di negeri ini dijangkiti penyakit demam babi Afrika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd