Wednesday, July 24, 2024

Creating liberating content

PANAS….Bersediakah ROS Mengharamkan PAS?

Selepas kekecohan yang dicetuskan pada Muktamar Tahunan Pemuda PAS ke-55 di Kota Tinggi,...

Ramli, Wakil Orang Asli...

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Cameron Highlands yang baru dipilih, Ramli Mohd Nor...

Warga Emas Bunuh Diri...

MANJUNG - Seorang warga emas bertindak membunuh diri selepas menembak mati rakannya berhampiran...

Rumah Terbakar Ketika Pergi...

SIK – Seorang wanita warga emas tinggal sehelai sepinggang selepas rumah yang didiami...

China Guna Arkeologi Bukti Milik Laut China Selatan

CHINA mula membina sebuah pangkalan untuk menyokong kajian arkeologi di Laut China Selatan di Qionghai, wilayan Hainan pada Selasa.

Hu Bing, timbalan pengarah Pentadbiran Warisan Budaya Kebangsaan berkata pangkalan itu ialah kompleks bagi kajian, cari gali bawah tanah dan pemuliharaan warisan sejarah di Laut China Selatan. Pusat ini juga akan digunakan untuk mempromosi pertukaran antarabangsa berkaitan.

Kemudahan ini akan menempatkan institut kajian saintifik, warisan kebudayaan maritim, woksyop pemuliharaan bagi tinggalan kapal karam dan pusat latihan arkeologi.

“Pelancaran projek ini mencerminkan strategi maritim negara dan iltizam untuk mempertingkat kebudayaan,” kata Hu.

“Pangkalan ini juga akan memberi manfaat pada ekonomi Hainan dan membantu menjelaskan sejarah Laut China Selatan.”

Menurut Hu lagi, langkah ini menepati konsep Jalan Sutera Maritim Abad ke-21, sebahagian Belt and Road Initiative.

Rancangan membina pangkalan ini disebut dalam panduan kebangsaan oleh Majlis Negara pda 2016 untuk meningkatkan usaha berkaitan warisan budaya.

Hab ini, meliputi kawasan seluas 31,000 meter persegi akan menelan kos 250 juta yuan (AS$35.9 juta) bagi pembinaannya, menurut Pentadbiran Warisan Budaya Kebangsaan.

Pusat ini akan diuruskan oleh pusat warisan yang menumpu pada warisan di dalam laut.


Pusat ini pada April lalu mengetuai satu siasatan di luar pantai Kepulauan Xisha untuk mengkaji laluan sutera maritim masa lalu.

Pemerhati melihat usaha China ini sebagai sebahagian rancangan untuk mengukuhkan dakwaan sejarahnya tentang pemilikannya terhadap Laut China Selatan.

Kajian oleh pusat ini dianggap banyak dipengaruhi faktor politik berkait dengan pendirian China menuntut seluruh Laut China Selatan.

Beijing menjadikan hujah sejarah sebagai salah satu bukti utama dikemukakan kepada masyarakat antarabangsa untuk mengesahkan tuntutannya.

Program kajian pusat ini akan membantu mengesahkan dakwaan China tentang sejarahnya di Laut China Selatan untuk dijadikan bukti menurut undang-undang.

China sedang giat mengubah landskap fizikal Laut China Selatan yang dipertikai, termasuk membina pulau-pulau buatan baharu dengan agresif.

Pertikaian dengan negara-negara jiran kini semakin genting ekoran sikap China yang semakin mendominasi dan reaksi balas negara-negara seperti Vietnam terhadap pencerobohan China. – CD/Mynewshub.tv

Kategori