• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tak Mahu Ada Cedera Pertemuan Dengan Maldives

oleh
01/11/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NILAI – Perlawanan persahabatan terakhir dengan Maldives Sabtu ini akan menjadi ujian terakhir untuk menentukan barisan 23 pemain skuad Harimau Malaya menggalas cabaran negara pada Kejohanan Piala AFF Suzuki 2018 bermula 8 Nov ini.

Ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe, bagaimanapun, berharap tiada pemain mendapat kecederaan pada perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil itu menjelang aksi pertama Piala AFF Suzuki menentang Kemboja, Rabu depan.

“Saya tak mahu pemain berasa tertekan untuk mempamerkan aksi yang terbaik pada perlawanan dengan Maldives tetapi sebagai motivasi, mereka perlu bermain dengan keyakinan yang tinggi,” katanya kepada Bernama pada sesi latihan skuad negara di Padang A, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), di sini, hari ini.

Beliau berkata persiapan skuad negara berjalan lancar kecuali penyerang muda sensasi Kedah,Muhammad Akhyar Abdul Rashid yang masih belum pulih dari kecederaan.

Cheng Hoe berkata kesemua 26 pemain yang diminta menyertai skuad kebangsaan telah melaporkan diri termasuk lima pemain Perak yang sebelum ini terlibat dengan aksi final Piala Malaysia Sabtu lepas dan Muhammad Akhyar yang menyertai Kejohanan Bawah 19 Tahun (B-19) Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2018.

Mengulas mengenai pertemuan persabahatan dengan Maldives, katanya, dalam setiap perlawanan , beliau mahu kemenangan dan keputusan yang positif.

“Dan yang penting, kita nak tengok pemain tunjuk prestasi yang terbaik dari segi keserasian pemain,” katanya.

Dalam dua perlawanan persahabatan sebelum ini, Malaysia menang 4-1 ke atas Sri Lanka dan kalah 1-0 kepada Kyrgyzstan.

Bagi saingan Piala AFF Suzuki, Malaysia diundi dalam Kumpulan A bersama Kemboja, Laos, Vietnam dan Myanmar. Thailand, selaku juara edisi 2016, ditempatkan dalam Kumpulan B bersama Indonesia, Filipina, Singapura dan Timor Leste. – BERNAMA

Tags: Tan Cheng Hoe
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Piala Suzuki AFF: Cheng Hoe Gesa Tiada Kesilapan Mudah Bertemu Vietnam

12/12/2021
0

KETUA jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe, menuntut pemain negara agar tidak melakukan kesilapan mudah sewaktu berdepan Vietnam dalam aksi...

FAM Beri Bayangan Positif Status Kontrak Cheng Hoe

16/12/2018
0

SEPANG – Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Yusoff Mahadi memberi bayangan positif mengenai kedudukan Tan Cheng...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd