Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Lelaki Disyaki Bunuh Anak...

KAJANG - Seorang sami di sebuah kuil di Semenyih, dekat sini, direman selama...

TRW Tiada Pesawat Tetapi...

KUALA LUMPUR - "Selamat Berjuang The Red Warriors (TRW). Kita tidak punyai pesawat...

Akur Desakan Rakyat, PM...

COLOMBO: Perdana Menteri Sri Lanka, Mahinda Rajapaksa meletak jawatan hari ini selepas puluhan...

PH Sarawak Mahu Muslim...

BIADAB... Pakatan Harapan (PH) Sarawak menggesa kerajaan ne­geri meminda undang-undang negeri tersebut bagi...

Cheng Hoe Idam Kemenangan Menentang Vietnam

KUALA LUMPUR – Ketua jurulatih skuad bola sepak negara, Tan Cheng Hoe melahirkan keyakinan anak buahnya mampu mengekalkan rentak kemenangan apabila berdepan Vietnam dalam aksi ketiga Kumpulan A Piala AFF Suzuki 2018 di Stadium Nasional My Dinh di Hanoi, Vietnam, esok.

Pengendali berusia 50 tahun itu berkata kemenangan dalam pertemuan esok penting bagi Malaysia menempah tiket awal ke peringkat separuh akhir kejohanan dwitahunan itu, selepas menumpaskan Kemboja​​​​​​​ 1-0 dan Laos 3-1 dalam aksi sebelum ini.

Cheng Hoe, bagaimanapun, tidak akan mengambil mudah cabaran skuad ‘Golden Dragons’ itu kerana pasukan tuan rumah sudah semestinya memiliki kelebihan beraksi di hadapan penyokong sendiri bagi mencatat kemenangan kedua selepas membenam Laos 3-0 dalam aksi pembukaan, 8 Nov lepas.

“Vietnam adalah pasukan pilihan dalam kumpulan ini dan kita tahu mereka mempunyai tempoh rehat yang lama berbanding kita, dan sebagai ketua jurulatih, saya mahu pemain saya mempamerkan aksi terbaik dalam perlawanan esok.

“Saya percaya ketua jurulatih mereka juga meletakkan harapan tinggi kepada pasukannya, tetapi kami berada di sini untuk meraih keputusan positif,” katanya pada sidang media pra perlawanan berkenaan di pejabat Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF) hari ini.

Audio sidang media tersebut disediakan kepada Bernama.

Dalam perkembangan lain, Cheng Hoe berkata doktor pasukan masih memantau tahap prestasi pemain naturalisasi Mohamadou Sumareh yang mengalami kecederaan ‘hamstring’ ketika perlawanan kedua berdepan Laos pada 12 Nov lepas.


“Bagus untuk pasukan jika beliau (Sumareh) boleh beraksi pada perlawanan esok kerana beliau memainkan peranan penting di bahagian hadapan,” kata Cheng Hoe sambil mengingatkan anak buahnya agar berwaspada dengan beberapa pemain Vietnam yang boleh memberi ancaman kepada kubu skuad negara.

Sementara itu, pemain pertahanan negara, ​​​​​​​​​​​​​​Shahrul Mohd Said menggesa rakan sepasukan supaya tidak gementar apabila beraksi di stadium berkenaan yang dijangka dibanjiri penyokong tuan rumah.

“Saya mendapat tahu tiket bagi perlawanan itu sudah habis terjual, tetapi saya mempunyai keyakinan terhadap rakan sepasukan saya sepertimana ditunjukkan dalam aksi sebelum ini menentang Kemboja, dan kami sangat bersemangat untuk perlawanan esok,” kata ketua pasukan Perak itu.

Malaysia kini mengungguli carta kedudukan Kumpulan A setelah mengutip enam mata selepas dua perlawanan, manakala Myanmar di tempat kedua berdasarkan perbezaan gol walaupun berkongsi tiga mata dengan Vietnam. – BERNAMA

Kategori