• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Budak Baru Jangan Poyo” – Waris Bukan Tuju Ben Ladin

oleh Ahmad Albab
16/11/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENYANYI Waris menyangkal dakwaan sesetengah pihak kononnya lagu terbaharu dia berjudul Artifisial ditujukan kepada Ben Ladin.

Waris, 28, berkata lagu tersebut bersifat umum dan sindiran itu kepada penyanyi baharu yang cuba menjadikan muzik hiphop ini sebagai batu loncatan untuk meraih populariti singkat.

“Ada yang komen di YouTube kata saya sindir Ben Ladin, ingin saya jelaskan maksud lagu tersebut bukan untuk penyanyi remaja itu. Saya dah kenal Ben sejak tujuh tahun lalu.

“Dia banyak belajar dengan saya dan kami dah kenal hati budi, jadi lagu itu dicipta bukan untuk menyerang dia.

“Lagu ini merupakan sindiran terbuka untuk rapper wanna be yang tak ada bakat tapi cuba-cuba nak terjun dalam muzik ini, siapa orangnya? biarlah pendengar terus meneka!,” katanya kepada mStar Online.

Lirik lagu ciptaan Waris mempunyai maksud tersirat dan mendalam.

Sementara itu, Waris meminta penyanyi baharu yang mula menceburi muzik hiphop menghormati penyanyi senior yang telah lama memperjuangkan genre ini.

Ujarnya, sikap angkuh dan sombong sesetengah daripada mereka ini hanya akan membuatkan genre tersebut menjadi rosak.

“Budak-budak baru jangan nak poyo dengan budak lama. Jumpa orang lama tolong respect.

“Kita dah lama perjuangkan muzik ini supaya org tak salah faham… ada benda boleh buat, ada benda tak boleh.

“Kita dulu buat muzik susah, bukan naik cara senang, kena lalu dari bawah tak boleh main belasah dan mengaku diri rapper,” katanya.

Waris mengakui bukan mudah membina nama dalam muzik hiphop.

Bercakap mengenai lagu Artifisial, Waris mengakui muzik tersebut memiliki unsur lirik yang agak kasar dan kedengaran lucah.

Bagaimanapun ia mempunyai maksud tersirat yang perlu dirungkai sendiri oleh pendengar.

“Sebelum video muzik dimainkan kita dah maklumkan bahawa ia untuk pendengar dengan bimbangan ibu bapa kerana kita sedar ada sesetengah lirik bunyinya kasar.

“Tapi ia bukan berunsur lucah, sebaliknya memiliki maksud mendalam sebagai kiasan dan tidak menghina mana-mana golongan.

“Lirik berbentuk sindiran itu perkara biasa dalam muzik rap, cuma tengoklah siapa terasa. Buat masa ni belum ada yang balas lagi,” katanya yang bakal muncul dengan lagu baharu berjudul Balik Kampung tidak lama lagi.

Lagu Artifisial ciptaan Dj Fuzz serta lirik oleh Waris telah dimuat naik di YouTube sejak 20 Oktober lalu dan menerima lebih 300,000 tontonan di laman tersebut. – mStar Online

Tags: Ben Ladinpenyanyi rapwaris
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Delimawati Tak Tolak Sekuel ‘HKL’ Kalau Bayaran Baloi

Next Post

Hakim Putus Calon Tanpa Pas SPR Boleh Bertanding

Related Posts

Polis Sahkan Penyanyi Rap Antara 3 Rakyat Malaysia Ditahan Di Laos

Polis Sahkan Penyanyi Rap Antara 3 Rakyat Malaysia Ditahan Di Laos

13/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Bukit Aman mengesahkan seorang penyanyi rap antara tiga lelaki rakyat Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Laos, dipercayai cuba...

Polis Kesan Waris Bayi Dibuang Dalam Beg

Polis Kesan Waris Bayi Dibuang Dalam Beg

10/03/2025
0

SUNGAI PETANI - Polis sedang mengesan ibu kepada bayi perempuan yang ditinggalkan dalam beg di sebuah bangsal kayu di Taman...

Next Post

Hakim Putus Calon Tanpa Pas SPR Boleh Bertanding

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd