• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bomba Selamatkan Wanita Cuba Bunuh Diri

oleh Ahmad Albab
09/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Khidmat anggota bomba wanita menyelamatkan seorang wanita berusia 22 tahun daripada cubaan bunuh diri dalam kejadian di Perumahan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT ) Flat Melana, di Perling, di sini, tengah hari tadi.

Pegawai Bomba Kanan II dari Balai Bomba dan Penyelamat Johor Bahru, Ahmad Nazran Omar berkata, usaha menyelamatkan mangsa dilakukan dua anggota terbabit sejurus pihaknya menerima panggilan pada jam 12.41 tengah hari.

Katanya, dua jentera, sebuah Perkhidmatan Bantuan Kecemasan Perubatan (EMRS) bersama 14 anggota ke lokasi kejadian bagi menyelamatkan mangsa.

“Kehadiran anggota sejurus menerima panggilan dari orang awam mengenai cubaan membunuh diri seorang wanita di tingkat 11, sebuah flat di Perling.

“Wanita terbabit duduk di atas tembok koridor dalam keadaan kaki terjulur di luar tingkat 11 flat itu,” katanya mengetuai operasi itu.

Katanya, mangsa dipujuk dan ditenangkan dua pegawai bomba wanita.

“Usaha dua anggota bomba wanita itu nyata berjaya memujuk mangsa terbabit dan ditarik ke dalam tingkat itu dari arah belakangnya.

“Wanita itu kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Katanya, motif wanita itu bertindak sedemikian tidak diketahui, selain dia bukan penghuni kediaman terbabit.

“Pegawai bomba wanita yang memujuk dan menenangkan mangsa juga tidak mengetahui puncanya,” katanya. – BH ONLINE

Tags: Bombabunuh diri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

05/05/2026
0

PETALING JAYA – Tindakan pantas anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berjaya menyelamatkan seorang wanita yang mengalami insiden jari tersepit...

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd