Thursday, November 30, 2023

Creating liberating content

Pelanggan Kempunan Diurut Warga...

ALOR SETAR - Seorang pelanggan khidmat urutan badan oleh wanita warga asing di...

PRK Sg Besar: 17...

SUNGAI BESAR - Tujuh belas laporan polis diterima sepanjang kempen pilihan raya kecil...

Ilusi Sekeping Gambar Dan...

BERAPA ramai perempuan sebenarnya dalam gambar ini? Itulah persoalan yang menerpa minda para pelayar...

Anwar Tegas Dengan Keputusan...

PORT DICKSON — Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak akan...

Belanjawan 2019: Peruntukan MoA Berangsang?

PUTRAJAYA – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MoA) menerima peruntukan dalam jumlah amat memberangsangkan dalam Belanjawan 2019 untuk terus memajukan sektor pertanian negara serta meningkatkan produktiviti dan pendapatan golongan sasarnya iaitu petani, penternak dan nelayan.

Menurut kenyataan kementerian itu hari ini, MoA menerima peruntukan sebanyak RM4.417 billion, dengan RM3.057 billion daripadanya bagi perbelanjaan mengurus, manakala perbelanjaan pembangunan adalah sebanyak RM1.360 billion.

Katanya, peningkatan peruntukan pembangunan adalah untuk memastikan sektor pertanian, penternakan dan perikanan negara akan terus dibangunkan dengan mampan, bekalan makanan selamat dan mencukupi serta boleh didapati dengan harga yang berpatutan.

“Melalui langkah ini, MoA serta agensi di bawahnya seperti Agro Bank, bakal mendapat modal yang lebih banyak untuk membantu para petani dan nelayan dalam aspek pembiayaan, pengembangan perusahaan dan perniagaan sedia ada,” katanya.

Antara tumpuan utama sektor pertanian pada tahun hadapan ialah penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi meningkatkan produktiviti benih, bijirin dan buah-buahan melibatkan peruntukan RM47 juta dan RM18 juta untuk automasi industri agromakanan.

Selain itu, RM52 juta diperuntukkan untuk melaksanakan program keusahawanan dan latihan industri tani termasuk bagi menarik penglibatan golongan muda menceburi sektor agromakanan, dengan RM20 juta diperuntukan untuk membangunkan Agropreneur Muda, pertambahan RM5 juta berbanding 2018.

Menurutnya RM215 juta pula diperuntukkan kepada Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), tambahan RM3 juta berbanding tahun 2018 dan RM98.5 juta bagi pakej Insentif Bersasar Nelayan.


“Kementerian masih mendapat perhatian yang sewajarnya daripada Kerajaan untuk melaksanakan dan mendokong program yang berteraskan ‘people centric’ bagi melahirkan lebih ramai kumpulan sasar yang produktif dan berdaya maju dengan R&D, teknologi dan modenisasi diberi penekanan di sepanjang rantaian nilai sektor agromakanan,” katanya.

MoA berkata Belanjawan 2019 yang bersifat pengembangan juga akan membantu MoA dalam memastikan bantuan dan subsidi strategik yang lebih bersasar diberikan kepada semua lapisan masyarakat pertanian dan perikanan menerusi mekanisme yang memberi kebebasan kepada mereka sendiri dalam menentukan keperluan masing-masing.

MoA juga dalam peringkat akhir mereformasikan mekanisme pemberian subsidi dan insentif kepada sektor industri padi dan beras negara selaras dengan hasrat pelaksanaan pemberian subsidi bersasar itu.

“Ini bagi memastikan kelompok petani yang menerima subsidi dan insentif itu masih lagi mampu menanam padi secara produktif dan seterusnya menjamin pengeluaran padi dan beras negara,” katanya. – BERNAMA

Kategori