Friday, May 24, 2024

Creating liberating content

Piala Dunia: Tamparan Hebat...

SEOUL - Korea Selatan yang hampir tersingkir dari Piala Dunia dan mempunyai peluang...

Dipenjara 218 Tahun, 75...

MUAR: Seorang bapa yang tergamak merogol anaknya sehingga hamil dan melahirkan anak sejak...

Perlawanan MU Tidak Disiar...

KUALA LUMPUR - Bertenang penyokong Manchester United! Perlawanan melibatkan juara Liga Perdana Inggeris 20...

95 Tahanan Larikan Diri...

DAMSYIK – Sejumlah 95 tahanan termasuk pejuang Kurdis melarikan diri dari sebuah penjara...

Belanjawan Fokus Pemilikan Rumah Golongan B40

KUALA LUMPUR – Insentif seperti memperkemas Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) dengan menghapuskan cukai untuk rumah bernilai di bawah RM200,000 yang terkandung dalam Belanjawan 2019 dilihat dapat menstabilkan pasaran semasa.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin dalam kenyataan berkata Belanjawan 2019 sekali gus memberi fokus kepada pemilikan rumah bagi golongan berpendapatan rendah (B40).

“Secara keseluruhan, Belanjawan 2019 adalah satu perangkaan yang bersifat merencana pembangunan secara holistik dan juga lebih bersasar bagi menangani permasalahan yang sedang dihadapi oleh Malaysia,” katanya.

Dalam pembentangan Belanjawan 2019 semalam, kerajaan berkata Bank Negara akan menyediakan dana RM1 bilion untuk membiayai pembelian rumah pertama bagi golongan berpendapatan bulanan tidak lebih RM2,300.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng ketika membentangkan belanjawan itu berkata dana tersebut akan disediakan bermula 1 Jan tahun depan untuk pembelian rumah mampu milik berharga sehingga RM150,000.


Kerajaan turut memberikan pengecualian duti setem sehingga RM300,000 yang pertama ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman bagi pembeli rumah pertama bernilai sehingga RM500,000. – BERNAMA

Kategori