• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Suami Serina Bebas Pertuduhan Khalwat

oleh Cj Mnh
13/11/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas suami seorang selebriti, Gavin Edward O’Luanaigh atau nama Islamnya Salahudin Ghaffar bebas daripada pertuduhan khalwat yang dikenakan terhadapnya oleh Mahkamah Rendah Syariah Subang Bistari, di sini.

Hakim Syarie Siti Aminah Kamil membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan menarik balik pertuduhan yang dikenakan terhadap bekas suami Serina Redzuawan itu dengan pasangannya, Kiranjit Sidhu @ Kiran Manjit Singh Sidhu.

Perkara itu dimaklumkan oleh peguam syarie Raihan Mustafa Kamal yang mewakili Gavin dan Kiran selepas kes disebut semula.

Menurutnya, pihak pendakwaan menyatakan tidak berhasrat untuk meneruskan dan menarik balik kes terhadap kedua-dua anak guam.

“Mahkamah Syariah sudah membatalkan pertuduhan yang dikenakan terhadap kedua-dua anak guam. Sebelum ini dua representasi sudah dikemukakan.

“Antara alasan dikemukakan ialah keadaan kesihatan Gavin ketika hari kejadian iaitu baru menjalani pembedahan usus, oleh itu mustahil mempunyai niat untuk melakukan kesalahan jenayah syariah,” katanya.

Selain itu, Raihan berkata, status bilangan penghuni di dalam rumah ketika siasatan tidak menimbulkan keraguan dan elemen pendakwaan tidak dipenuhi. Pendakwaan dijalankan oleh pendakwa syarie Khafizah Ahmat Khairi.

Sementara itu, Gavin dan Kiranjit mengucapkan syukur atas pembatalan pertuduhan itu dan dapat membersihkan nama mereka.

Berdasarkan kenyataan yang diterima daripada Tetuan Zainul Rijal Talha dan Amir, Gavin mendakwa beliau adalah seorang beragama Islam dan sentiasa cuba mengamalkan agama Islam.

Malah, beliau juga mendakwa memujuk Kiran untuk memeluk agama Islam sebelum berkahwin dengannya.

Gavin memeluk agama Islam pada 20 November 2006 manakala Kiran memeluk Islam pada 20 November tahun lalu.

Gavin dan Kiran didakwa atas pertuduhan percubaan khalwat mengikut Seksyen 52(1) dan Seksyen 29(1)(b)/(b) Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) Tahun 1995 pada 21 Julai lalu.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Petaling Jaya pada jam 12.26 pagi pada 10 Februari lalu.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM3,000, atau kedua-duanya sekali.

Gavin dan Serina bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Daerah Petaling pada 1 Ogos 2017 selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua anak, Tristan Tareef dan Isabella Saffiya. – BH Online

Tags: bekas suamikhalwat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Suami Orang Dakwa Dalam Proses Cerai, Dicekup Berkhalwat Bersama Janda

Suami Orang Dakwa Dalam Proses Cerai, Dicekup Berkhalwat Bersama Janda

20/12/2025
0

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki berstatus suami orang dan seorang wanita berstatus janda dicekup penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri...

Lelaki Dalam Proses Cerai Ditangkap Khalwat Dengan Anak Dara

Lelaki Dalam Proses Cerai Ditangkap Khalwat Dengan Anak Dara

21/11/2025
0

Johor Bahru: Seorang lelaki yang mendakwa dalam proses bercerai ditangkap berkhalwat dengan anak dara oleh penguat kuasa Jabatan Agama Islam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd