• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Anggota Polis Antara 2 Terlepas Hukuman Mati

oleh Ahmad Albab
12/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Dua lelaki termasuk seorang bekas anggota polis berpangkat lans koperal terlepas daripada hukuman mati apabila Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas dan membebaskan mereka daripada tuduhan membunuh, tiga tahun lepas.

Hakim Datuk Azmi Ariffin memutuskan sedemikian selepas berpuas hati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Kamarul Zaimi Kamaruddin, 38, yang tidak bekerja, dan bekas anggota polis itu, Mohamad Akir Abdul Aziz, 29 tahun.

Dalam penghakiman ringkasnya, hakim Azmi berkata selepas meneliti hujahan semua pihak, nota prosiding dan keterangan semua saksi pendakwaan, pihaknya mendapati tiada keterangan secara langsung atau keterangan mengikut keadaan menunjukkan bahawa kedua-dua lelaki itu telah melakukan pembunuhan.

“Pihak pendakwaan gagal kemuka prima facie kepada kedua-dua tertuduh. Justeru, mahkamah tiada pilihan selain melepas dan membebaskan kedua-dua mereka daripada pertuduhan, tanpa dipanggil membela diri,” katanya.

Kamarul Zaimi dan Mohamad Akir didakwa bersama empat lagi yang masih bebas membunuh Imra Nazli Rusdi, 28, di dalam reban ayam bersebelahan padang permainan Pinggiran Sungai Long, Persiaran Sungai Long 1, Kajang dekat sini, kira-kira 10.09 pagi, pada 4 April, 2015.

Kedua-dua mereka yang ditahan pada 2015, dibicarakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun sama, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Bedah siasat ke atas mayat mangsa mendapati punca kematiannya disebabkan kecederaan teruk di kepala berpunca daripada objek tumpul.

Seramai 19 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan yang bermula awal tahun ini.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Wan Shahida Wan Omar sementara Kamarul Zaimi diwakili peguam Rodzim Zaimy Abdul Hamid dan Mohamad Akir diwakili peguam Diar Isda Yazmin. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Tags: anggota polishukuman mati
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kecoh Di Tanah Perkuburan, Dakwaan Permit Jenazah Ditahan Jadi Tumpuan

Kecoh Di Tanah Perkuburan, Dakwaan Permit Jenazah Ditahan Jadi Tumpuan

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub AMPANG – Satu insiden membabitkan urusan pengebumian jenazah di sebuah tanah perkuburan di Ampang mencetuskan kekecohan selepas keluarga...

Lagi Kemalangan Besar Di Lebuh Raya…Kali Ini  Libatkan Lori Kontena, Dua Van Dan Empat Kereta

Lagi Kemalangan Besar Di Lebuh Raya…Kali Ini Libatkan Lori Kontena, Dua Van Dan Empat Kereta

24/06/2026
0

Oleh Mynewshub GOPENG, 23 Jun 2026 – Sebanyak lapan individu terlibat dalam satu kemalangan jalan raya membabitkan sebuah lori kontena,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd