• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bayaran Balik TEKUN Sejak 2014 Catat Peningkatan

oleh Ahmad Albab
28/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jumlah bayaran balik pinjaman Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN Nasional) mencatat peningkatan setiap tahun dengan jumlah keseluruhan kutipan sebanyak RM2.07 juta bagi tempoh 2014 sehingga 2018, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Dr Mohd Hatta Md Ramli berkata pada 2014, sebanyak RM312 juta telah dibayar balik oleh usahawan TEKUN Nasional, 2015 (RM355 juta), 2016 (RM543 juta), 2017 (RM554 juta) dan sehingga Julai tahun ini sebanyak RM302 juta.

Beliau berkata berdasarkan rekod bayaran balik yang memberangsangkan itu, kerajaan menyasarkan sebanyak RM600 juta bayaran balik pinjaman TEKUN Nasional mampu dikutip tahun ini.

“Bagi tempoh 2013 hingga 2018 kerajaan menyediakan peruntukan sebanyak RM1.5 bilion kepada TEKUN Nasional untuk disalurkan kepada usahawan.

“Berdasarkan jumlah itu dan tambahan dana dalaman TEKUN sebanyak RM1.27 bilion, sebanyak RM 2.77 bilion disalurkan kepada 175,445 usahawan,” katanya.

Mohd Hatta menjawab soalan Su Keong Siong (PH-Kampar) mengenai sejauh mana keberkesanan pelaksanaan skim TEKUN telah berjaya membantu usahawan khususnya di luar bandar.

Kepada soalan tambahan Datuk Mohd Nizar Zakaria (BN-Parit), Mohd Hatta berkata pengurangan pembiayaan TEKUN dalam pengumuman Belanjawan 2019 tidak bermakna fungsi TEKUN menjadi lemah.

“Walaupun pembiayaan berkurangan daripada RM500 juta kepada RM100 juta, TEKUN masih optimis akan mampu menyalurkan keseluruhan RM350 juta dana pinjaman dengan tambahan daripada dana dalaman TEKUN sebanyak RM250 juta.

“Sehubungan itu, dengan adanya dana berkenaan, TEKUN menyasarkan mampu melahirkan sebanyak 50,000 usahawan mikro dalam tempoh setahun,” katanya. – BERNAMA

Tags: peminjamTekun Nasional
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Senarai Hitam Peminjam MARA Yang Gagal Bayar Hanya Sementara

Senarai Hitam Peminjam MARA Yang Gagal Bayar Hanya Sementara

13/11/2024
0

Kuala Lumpur: Tindakan senarai hitam yang terpaksa diambil Majlis Amanah Rakyat (Mara) terhadap peminjam yang gagal membuat bayaran pinjaman di...

Tambah Peruntukan Lebih Besar Kepada TEKUN Nasional

Tambah Peruntukan Lebih Besar Kepada TEKUN Nasional

09/12/2022
1

PUTRAJAYA : Pejuang Muda Putrajaya menggesa Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedict supaya mencadangkan peruntukan lebih besar kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd