• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Basuh Baju Tengah Malam Punca Cerai?

oleh Cj Mnh
13/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pasangan bukan Islam di negara ini yang ingin mendirikan rumah tangga akan diwajibkan untuk menghadiri kursus praperkahwinan.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh, berkata ketika ini pasangan bukan Islam tidak diwajibkan berbuat demikian di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Bagaimanapun, katanya, siri perbincangan untuk memperluaskan pelaksanaan kursus praperkahwinan kepada pasangan bukan Islam akan diadakan dalam tempoh terdekat.

“Langkah ini adalah sebahagian daripada usaha untuk menangani peningkatan kes perceraian yang lazimnya berlaku dalam tempoh lima tahun pertama perkahwinan.

“Pengendalian kursus untuk pasangan bukan Islam ini boleh dikendalikan JPN atau majlis agama masing-masing kerana kita tidak mahu mereka mendirikan rumah tangga tanpa memahami masalah yang bakal dihadapi.

“Diharapkan dengan mengikuti kursus ini, pasangan berupaya memahami dan mendapat jangkaan awal mengenai bentuk cabaran yang bakal dihadapi, sekali gus menjadikan mereka lebih terbuka untuk menempuh alam perkahwinan,” katanya.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Noor Amin Ahmad (PH PKR-Kangar) pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Noor Amin meminta perincian kerajaan sama ada berhasrat memperluaskan pelaksanaan kursus perkahwinan kepada pasangan bukan Islam berikutan peningkatan statistik kes perceraian di negara ini.

Menjawab soalan asal Noor Amin yang meminta perangkaan kes cerai dan punca utama masalah berkenaan, Tseow Suan berkata, lebih satu pertiga perkahwinan pertama di negara ini gagal dalam tempoh lima tahun.

“Antara punca utama dikemukakan menerusi Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Kelima (KPKM-5) pada 2014 ialah kerana tiada persefahaman yang mewakili 56.2 peratus, manakala isteri curang (11.8 peratus) dan campur tangan mentua atau ipar (10 peratus).

“Bagi wanita pula, sebanyak 38 peratus menyatakan punca utama perceraian adalah kerana tiada persefahaman, diikuti suami curang iaitu 20.5 peratus dan suami tidak bertanggungjawab, 15.2 peratus,” katanya.

Memetik laporan Jabatan Kehakiman Syariah Selangor yang diterbitkan sebuah portal berita, Yeoh berkata, banyak kes perceraian berlaku angkara faktor remeh dalam kalangan pasangan muda.

Katanya, antara sebab yang difailkan ialah isteri suka mengikuti rombongan beramai-ramai, isteri suka membasuh baju waktu malam dan suami tidak suka isteri makan di dalam kereta.

“Alasan lain mencakupi perbezaan fahaman politik, gaji suami lebih rendah, pasangan tidur berdengkur dan pasangan gemar beli belah,

“Saya baca perkara ini bagi menunjukkan faktor perceraian sekarang sangat kerana perkara remeh digunakan sebagai sebab bagi memfailkan permohonan untuk berpisah,” katanya. – BH Online

Tags: kes ceraikursus praperkahwinan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Lelaki Menjerit Kemaluan Digigit Ular Sawa

Next Post

Bayaran Khas RM500 Sebelum 25 Disember

Related Posts

Kursus Praperkahwinan Mungkin Diwajibkan Kepada Pasangan Bukan Islam

Kursus Praperkahwinan Mungkin Diwajibkan Kepada Pasangan Bukan Islam

27/03/2023
0

KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dalam proses menyediakan kertas cadangan bagi penubuhan sebuah jawatankuasa untuk mengkaji...

Talak Sah: PU Abu Sufyan Tambah Fakta Saat Akhir

16/05/2019
0

KLANG - Mahkamah Rendah Syariah Klang mengesahkan talak dilafazkan pendakwah muda program realiti Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan terhadap isterinya,...

Next Post

Bayaran Khas RM500 Sebelum 25 Disember

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd