• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bas Ekspres Langgar Treler Simen, 5 Penumpang Cedera

oleh Ahmad Albab
03/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seramai lima penumpang dan seorang pemandu bas cedera selepas bas ekspres dinaiki terbabit kemalangan dengan sebuah treler dalam kejadian di KM27.4 Lebuhraya PLUS dari Sungai Buloh menghala ke Plaza Tol Duta, jam 2.55 pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, kemalangan berlaku apabila pemandu bas ekspres itu melanggar belakang treler yang membawa muatan simen ketika berada di lorong paling kiri.

Katanya, ketika itu bas ekspres berkenaan dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur.

“Akibat pelanggaran itu, pemandu bas, Abdullah Bakar, yang berusia 53 tahun mengalami kecederaan patah bahu dan dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh (HSB) bagi mendapatkan rawatan lanjut.

“Manakala lima daripada 18 penumpang bas ekspres berkenaan mengalami kecederaan yang pelbagai dan di hantar ke HSB, Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Hospital Selayang (HS),” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Zulkefly, penumpang bas yang cedera membabitkan tiga penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) iaitu Nur Aneesa Syazmira Sayuti,18, mengalami patah kaki kanan dan dibawa ke HSB, Mohamad Fahmi Hakim Azhar, 22, cedera di bahagian muka serta mengalami keretakan pada bahagian jari, dirawat di HS dan Robiatun Adawiyaj Safri, 26, dirawat di HKL kerana cedera di bahagian muka.

Katanya, dua penumpang lain yang turut cedera adalah seorang suri rumah, Nurshamsabiha Jam, 61, mengalami keretakan pada lutut kanan dan pekerja swasta, Tan Sih Yong, 48, mengalami luka di bahagian muka, masing-masing dirawat di HKL.

“Ketika kemalangan berlaku, jalan dan cuaca dalam keadaan baik dan laluan berkenaan turut diterangi lampu.

“Kemalangan tidak membabitkan sebarang kematian dan kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – BH ONLINE

Tags: bas ekspreskemalangan bas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

28 Selamat, Bas Ekspres Rempuh Belakang Treler Di Maran

28 Selamat, Bas Ekspres Rempuh Belakang Treler Di Maran

10/06/2025
0

Maran: Sebuah bas ekspres membawa 28 penumpang terbabit dalam kemalangan apabila melanggar belakang treler di Kilometer 161.5 Lebuhraya Pantai Timur...

Tiga Maut Bas Ekspres Bertembung Kereta

Tiga Maut Bas Ekspres Bertembung Kereta

30/05/2025
0

KUALA KRAI: Tiga maut dalam kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres dan Perodua Myvi di Jalan Kuala Krai-Gua Musang di Kampung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd