• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bangunan Pasar Baharu Akan Dibina Di Keningau

oleh Cj Mnh
28/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KENINGAU – Sebuah bangunan pasar umum yang baharu akan dibina di Keningau bagi menggantikan pasar sedia ada yang telah terlalu usang dan memerlukan kos yang tinggi untuk dibaiki, kata Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Rasinin Koutis.

Selain itu beliau berkata pasar umum di Keningau yang kini berusia 38 tahun didapati dibina di atas tanah bergeran milik individu.

“Semua orang ingin tahu bagaimana bangunan pasar itu (boleh) dibina di situ,” katanya kepada Bernama di sini.

Rasinin berkata, pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan pengurusan Majlis Daerah Keningau (MDK) dan pihak berkepentingan lain untuk membincangkan mengenai cadangan membina sebuah bangunan pasar umum yang baharu.

Menurutnya, bangunan baharu itu nanti akan dibina di sebuah tapak milik kerajaan yang sangat strategik dengan kemudahan tempat letak kenderaan yang selesa.

“Persoalan di sini ialah kita mencari penyelesaian yang terbaik .. kita perlu memiliki bangunan baharu yang bukan di atas tapak tanah individu. Kerajaan tidak mahu mencari risiko dengan mempertahankan keadaan yang sedia ada,” katanya.

Rasinin berkata, beliau juga telah berbincang dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pihak keselamatan untuk memperhalusi cadangan membina sebatang jalan alternatif bagi pengguna jalan raya dari daerah Tenom ke daerah kecil Sook tanpa melalui bandar Keningau.

Katanya, perancangan itu sudah dimaklumkan kepada Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Datuk Peter Anthony sebagai usaha menangani masalah kesesakan yang semakin bertambah di daerah itu.

“JKR telah menyediakan kertas cadangan peruntukan bagi projek itu dan saya mengharapkan akan ada perkembangan baik (mengenai projek ini) pada tahun hadapan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Keningaupasar baharu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd