• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bakal Haji Perlu Diberi Gambaran Sebenar Tanah Suci

oleh Ahmad Albab
10/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Pengendali kursus Ibadat Haji disaran supaya memberikan penerangan terperinci mengenai situasi sebenar dan cabaran yang bakal dilalui bakal-bakal haji semasa berada di Tanah Suci dalam kursus-kursus kendalian mereka.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata gambaran sebenar termasuk kemungkinan bencana perlu diterangkan supaya bakal-bakal haji dan keluarga bersedia dengan sebarang kemungkinan.

“Selain memberi asas kefahaman yang tepat tentang kewajipan haji serta hukum-hakam haji, mereka juga perlu menceritakan perkara yang di luar konteks haji seperti perkara-perkara di luar jangka yang mungkin terjadi.

“Ini penting agar bakal-bakl haji tidak meletak sebarang ekspektasi terlalu tinggi dan bersedia untuk menghadapi pelbagai suasana berbeza serta kemungkinan berlakunya krisis atau bencana yang tidak diduga,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Kali Ke-35 Bagi Musim Haji 1440H yang dihadiri lebih 300 Pengkursus Ibadah Haji di sini hari ini.

Mujahid berkata sebagai pendidik yang sering bersua muka dengan bakal-bakal haji, mereka yang bergelar ‘murabbi’ itu perlu juga berkongsi cerita ‘tidak enak’ itu selain mendidik rohani, jasmi, fizikal dan mental untuk mengamalkan apa yang dipelajari dengan sempurna.

Beliau juga menyarankan supaya modul bimbingan haji diperkemaskan lagi dengan mengambil kira situasi terkini agar proses pengurusan haji berkaitan hukum hakam adalah selari dengan amalan ahli Sunnah Wal Jamaah.

“Para murabbi ini juga perlu memberi kefahaman berkenaan pendekatan berteraskan Rahmatan Lil Alamin secara terperinci kerana haji merupakan ibadat agung yang turut disertai umat Islam dengan pelbagai latar belakang bangsa,” katanya. – BERNAMA

Tags: bakal haji
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bakal Haji Dinasihat Sabar Tunggu Pengumuman

04/06/2021
0

KUALA LUMPUR - Lembaga Tabung Haji (TH) menasihati bakal haji Malaysia agar bersabar menunggu pengumuman rasmi mengenai status ibadah haji...

Bakal Haji, Umrah Digalak Ambil Vaksin Influenza

07/11/2018
0

PUTRAJAYA - Meskipun pengambilan vaksin pneumokokus dan influenza bagi jemaah haji dan umrah tidak diwajibkan oleh kerajaan Arab Saudi namun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd