• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ATM Diarah Siasat Kes Budak 6 Tahun Maut Terjatuh

oleh
22/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Chin Tong meminta Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjalankan siasatan dalaman berhubung kejadian seorang kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh dari tingkat tiga kuarters di Kem Wardieburn, di sini, Isnin lepas.

Kementerian Pertahanan dalam kenyataan berkata siasatan itu dibuat bagi meneliti punca sebenar kemalangan serta langkah sewajarnya yang perlu diambil bagi mengelak tragedi sama berlaku.

Menurut kenyataan itu, Liew hari ini berkunjung ke kediaman keluarga mangsa di Kampung Nakhoda Batu Caves, dekat sini, dan menyampaikan sumbangan peribadi serta merakamkan ucapan takziah.

“Selain itu, Liew turut melawat tempat kejadian untuk melihat sendiri keadaan bangunan dan kemudahan keselamatan di kuarters itu,” menurut kenyataan itu.

Sumbangan turut disampaikan oleh Setiausaha Politik kepada Menteri Pertahanan, Mohd Azhar Che Mat Dali bagi pihak menteri, Mohamad Sabu.

Pada insiden itu, mangsa Muhammad Harith Hazim Abdul Malik, 6, meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat tiga kuartes di Kem Wardieburn dalam kejadian jam 2.15 petang.

Mangsa dikatakan telah memanjat dinding di tingkat tiga kuarters itu dipercayai untuk mengambil mainan yang berada pada kajang tingkap sebuah unit kediaman di tingkat dua, sebelum terjatuh ke bawah. – BERNAMA

Tags: kanak-kanakmaut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Petronas Sahkan Tiga Pekerja Maut Dalam Insiden di FSO Sepat

Petronas Sahkan Tiga Pekerja Maut Dalam Insiden di FSO Sepat

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Petronas mengesahkan satu insiden berlaku ketika kerja-kerja penyelenggaraan bot penyelamat di Kemudahan Penyimpanan dan Pemindahan Terapung (FSO)...

Bahana Jalan Berlubang  – Anggota Trafik Maut

Bahana Jalan Berlubang – Anggota Trafik Maut

06/03/2026
0

KUALA BERANG – Seorang anggota trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu maut selepas motosikal yang dinaikinya terbabas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd