• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

APMM Terengganu Pertingkat Rondaan Tangani Ceroboh

oleh Cj Mnh
23/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU –​ Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menjangka lebih banyak bot nelayan asing akan menceroboh perairan Terengganu pada musim tengkujuh berikutan kekurangan hasil laut di negara mereka pada musim itu, kata Pengarah Maritim Zon Kemaman, Komander Maritim Rashidilhadi MD Deris @ Abd Rashid.

Justeru, APMM Terengganu akan mempertingkat rondaan sepanjang musim tengkujuh untuk menangani ancaman kemasukan bot nelayan asing.

Rashidilhadi berkata rondaan itu termasuk di beberapa pulau peranginan terutamanya Pulau Redang (Setiu) dan Pulau Tenggol (Dungun).

“APMM juga akan bekerjasama dengan pegawai di pelantar minyak dan komuniti nelayan tempatan,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Terdahulu, Rashidilhadi berkata APMM Terengganu telah menahan sebuah bot nelayan asing di lokasi 44 batu nautika dari Kuala Terengganu dalam satu rondaan 3.43 petang semalam.

“Bot berkenaan dipercayai bot nelayan asing dari Vietnam. Turut ditahan 11 awak-awak termasuk tekong warganegara Vietnam yang berumur 21 hingga 49 tahun.

“Keseluruhan rampasan adalah ikan (3.2 tan), sotong kering (200kg), diesel (3,000 liter) dan bot dianggarkan bernilai RM1.1 juta,” katanya.

Bot tersebut dibawa ke jeti Maritim Negeri Terengganu untuk siasatan lanjut di bawah seksyen 15 (1) (a) Akta Perikanan 1985 kerana menceroboh dan menangkap ikan di perairan Malaysia tanpa kebenaran dan lesen yang sah daripada Pengarah Perikanan Malaysia serta Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri serta permit kerja yang sah. – BERNAMA

Tags: APMMnelayan asing
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

30/12/2025
0

Batu Pahat: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Batu Pahat mematahkan cubaan seludup masuk kira-kira enam tan bijih timah bernilai...

Kapal Kargo Karam, 15 Anak Kapal Berjaya Diselamatkan Di Perairan Terengganu

Kapal Kargo Karam, 15 Anak Kapal Berjaya Diselamatkan Di Perairan Terengganu

07/12/2025
0

KEMAMAN, 6 Disember – Seramai 15 anak kapal sebuah kapal kargo yang mengalami kebocoran serius ketika dalam pelayaran dari Lumut,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd