Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Sperma Lemah, Kesuburan Singapura...

SINGAPURA kini berdepan dengan masalah kualiti sperma lelaki yang tidak kuat selain kurang...

Suami Isteri Antara Tiga...

JASIN - Pasangan suami isteri antara tiga yang maut dalam kemalangan membabitkan dua...

Video: Eeeww! Ibu Beri...

GARA-GARA mempercayai amalan karut, seorang wanita di China dirakam memberikan anak lelakinya beberapa...

Amaran Ribut Petir Di...

  KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di perairan...

Ansat Dan Mi-171A2 Akan Dipamerkan Di Malaysia

KUALA LUMPUR – Russian Helicopters, yang merupakan sebahagian daripada Rostec State Corporation akan mempamerkan pesawat Ansat dan Mi-171A2 di Malaysia pada 3 Disember.

Dua buah helikopter awam Rusia akan dipamerkan buat kali pertama di Kuala Lumpur dalam lawatan demonstrasi yang unik di seluruh Asia Tenggara.

“Helikopter Ansat dan Mi-171A2 yang dicat melambangkan warna bendera negara negara-negara Asia akan mengadakan penerbangan demonstrasi di ruang udara Litar Antarabangsa Sepang F1.

“Selepas itu, pelanggan berpotensi dapat melihat pesawat tersebut dan bertanya kepada juruterbang, jurutera dan wakil syarikat induk mengenai segala apa yang mereka minati,” kata Russian Helicopters dalam satu kenyataan.

Berikutan lawatan demonstrasi, Ketua Pegawai Eksekutif Russian Helicopters, Andrey Boginsky akan mengambil bahagian dalam sidang media, dan pakar-pakar Russian Helicopters akan membuat presentasi mengenai helikopter Ansat dan Mi-171A2 untuk semua pengendali helikopter di Malaysia. – BERNAMA

Kategori