• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anak Mahu Bapa Baharu, Ramai DM Rita Rudaini

oleh
23/11/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEBELUM ini, pelakon popular Rita Rudaini ada berkongsi di Instagram (IG) miliknya apabila anak sulungnya, Ryan meminta dirinya untuk mencari pasangan hidup yang boleh menjadi ayah mereka.

Menurut pelakon Mami Jarum ini, Ryan atau nama sebenar Airit Rayyan Rizqin, 9, mahukan seorang ayah yang boleh mengajarnya bermain bola sepak.

Kongsi Rita, perbualan itu, semasa dia dalam perjalanan balik dari penggambaran drama dan katanya selalu dia mengajak Ryan berborak sebab tidak mahu dia tertidur dalam kereta.

Namun yang melucukan, Ryan menyuruh dirinya mencari bapa baharu untuk dirinya.

Rita terus menanyakan kepada Rayyan kenapa dia perlu mencari bapa baru untuk anak-anaknya.

Rayyan menjawab dia menginginkan seorang pemain bola sepak sebagai bapa barunya kerana ingin disuruh mengajarnya bermain bola.

Mommy: Kenapa pula tiba-tiba suruh mommy cari daddy?

Ryan: Ryan nak dia ajar main bola..

Mommy: Mmmm… Kalau daddy baharu itu, tidak pandai main bola macam mana?

Ryan: mommy carilah pemain bola…

Mommy: (krik2)….

 

View this post on Instagram

 

Perbualan mlm td masa otw balik dr shotg…slalu ajak ryan borak sbb xnk dia tertido dlm keta.. . . Ryan : mommy cari la daddy baru? Mommy : 🙄 nape plak tiba2 suh mommy Cari daddy? Ryan : ryan nak dia ajar main bola.. Mommy : mmmm klau daddy baru tu xpandai main bola mcm mana? Ryan : mommy cari la footballer… Mommy : (krik2 🙁) . . . Perbualan ibu n anak terhenti di situ 🤕 sbb mommy xreti nk jwb mcm mana supaya logik di terima akal ryan 🙄 Nah! Mommy dah dpt Daddy baru yg hebat btuiiii lah main bola…..tp awai2 mommy dah sumpah dia jd patung supaya xkena rembat dgn org 🙊

A post shared by Rita Rudaini (@ritrud727) on Nov 21, 2018 at 6:54am PST

Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mokhtar, 42, berkata perbualan tersebut terhenti apabila dia tidak tahu untuk memberi jawapan yang logik untuk diterima oleh anaknya itu.

Rita juga berseloroh dengan menyatakan dia sudah menjumpai pengganti suaminya tetapi sudah disumpah menjadi patung supaya tidak dirampas dengan orang lain.

Bagaimanapun, selepas perkongsian itu dan tular , Rita berkata ramai pula yang menghantar pesanan peribadi kepadanya dari pemain bola, jurulatih, penjaga garisan, pengadil, tukang kutip bola sampai ke ‘water boy’, semua mengaku pandai main bola sepak sampai ke bola lisut.

“Mana satu kakak nak pilih ini,” tulisnya.

Rita pernah berkahwin dengan pemain bola sepak, Aidil Zafuan Abd Radzak pada 2008, namun bercerai pada September 2013.

Pasangan itu dikurniakan dua anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin, 9, dan Airit Qaqa Arjuna, 7, yang kini bawah jagaan Rita.

Rata-rata pengikut turut terhibur dengan permintaan Rayyan serta mendoakan agar Rita segera bertemu pengganti selepas ini.

“Hahahah… Lawa sangat… Bagaimanapun, kali ini pilih yang terbaik kakak… Semoga bertemu jodoh yang terbaik untuk anak-anak dan diri sendiri,” tulis eja_lens.

“Saya tak pandai main bola? Tapi saya boleh ajar anak kakak main bola,” tulis asyrfnzm.

“Saya cadangkan calon yang paling layak dan sesuai jadi daddy baru adalah @muhamed sumareh. Antara permain terbaik buat masa ini,” tulis irwan_irn.

“Wah banyak pilihan ini… Bagusnya, pilih elok-elok,” tulis ayyra. – Sinar Harian

Tags: Rita Rudaini
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Anak Rita Kena Buli, Seluar Dilondeh

23/11/2019
0

KUALA LUMPUR - Pelakon Rita Rudaini meluahkan rasa kesal apabila anaknya, Airit Rayyan Rizqin dibuli di sekolah gara-gara tidak melawan....

Netizen Mohon Maaf Kepada Rita Rudaini

31/10/2019
0

KUALA LUMPUR - Pelakon Rita Rudaini akhirnya menarik nafas lega selepas dua individu yang menulis komen berniat jahat terhadap dia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd