• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 9, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anak Blogger Mahu Bantu Cetuskan Imej Baharu Gerakan

oleh Cj Mnh
15/11/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Raja Sara Raja Petra, 30, yang merupakan satu-satunya calon wanita yang bertanding bagi jawatan Naib Presiden pada pemilihan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) pada Sabtu ini mahu melihat tranformasi dalaman parti itu.

Beliau yang menang tanpa bertanding jawatan Timbalan Ketua Wanita Gerakan semasa pencalonan Sabtu lepas berpendapat parti itu memerlukan imej baharu yang mesra dengan kaum belia.

Menurut Raja Sara, beliau membuat keputusan untuk bertanding bagi mewakili suara wanita dan belia selain berhasrat memulihkan imej parti yang tewas teruk dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), pada 9 Mei lepas.

“Gerakan kehilangan semua kerusi pada PRU14, jadi Gerakan memerlukan penjenamaan semula. Seperti yang kita tahu, sebab utama kita kalah adalah kerana undian daripada golongan belia merosot teruk,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.

Bagaimanapun, anak kepada blogger Raja Petra Raja Kamarudin itu turut sedar menawan hati golongan belia masa kini bukan satu yang mudah kerana mereka kurang berminat dengan politik.

“Selain fokus pada wanita, salah satu manifesto saya adalah untuk menarik seramai mungkin penyertaan golongan belia dalam parti ini. Jika tidak terlibat sekalipun, sekurang-kurangnya mereka perlu ambil tahu perkembangan semasa akan apa yang berlaku di negara ini,” katanya.

Selain Raja Sara, jawatan Naib Presiden menyaksikan pertembungan lapan penjuru membabitkan Baljit Singh, G. Parameswaran, Syed Abdul Razak Syed Long Alsa, V. Prabagaran, Khoo Shiaw Lee, Choong Vee Hing dan Yap Yeen Ming.

Ditanya akan peluang beliau, katanya: “Bagi saya, semua calon adalah pencabar utama apatah lagi mereka semua adalah senior dalam parti. Keputusan itu terletak di tangan semua ahli Gerakan yang akan mengundi. Saya percaya anggota-anggota akan mengundi untuk perubahan sebenar demi kebaikan Gerakan,”

Seramai 1,500 perwakilan daripada cawangan parti, bahagian dan negeri akan memilih pemimpin mereka dalam Persidangan Perwakilan Kebangsaan Gerakan yang akan berlangsung pada 17 Nov ini.

Pada PRU14, Gerakan kalah kesemua 11 kerusi Parlimen dan 31 kerusi DUN yang ditandinginya. Kini, Gerakan merupakan sebuah parti bebas selepas mengumumkan keluar daripada Barisan Nasional (BN) pada 23 Jun lepas dan sedang berusaha mengenal pasti hala tujunya dalam landskap baharu politik negara. – BERNAMA

Tags: GerakanRaja Sara Raja Petra
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Datuk Didakwa Rogol Cucu Berumur 9 Tahun

Next Post

Kerajaan Jamin Tidak Mansuh Artikel 153

Related Posts

Isu Derma Syarikat Arak: PAS Mungkin Tidak Bersama Gerakan Pada PRU16

Isu Derma Syarikat Arak: PAS Mungkin Tidak Bersama Gerakan Pada PRU16

28/07/2024
1

Kota Bharu : PAS kecewa dengan pendirian dan kenyataan Gerakan yang menyokong isu derma syarikat arak kepada sekolah. IKUTI CHANNEL...

GERAKAN Guna Logo PN

GERAKAN Guna Logo PN

25/10/2022
0

BAYAN LEPAS : GERAKAN akan menggunakan logo Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini. Ikuti Mynewshub: Telegram...

Next Post

Kerajaan Jamin Tidak Mansuh Artikel 153

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd