Friday, May 3, 2024

Creating liberating content

Mayat Lelaki Kurang Siuman...

TEMERLOH - Mayat seorang lelaki yang dikhuatiri lemas selepas terjun ke dalam Sungai...

Roberto Carlos, Eric Cantona...

KUALA LUMPUR - Peminat sukan bola sepak pantai negara bakal berpeluang melihat aksi...

Soniia, Soon Huat-Shevon Lai...

GOLD COAST – Skuad badminton negara beraksi cemerlang apabila empat kategori menyaksikan wakil...

Tak Timbul Isu, PAC...

PUTRAJAYA - Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berpuas hati dengan pembentangan dan tatacara...

Amnesty Lucut Anugerah Diterima Aung San Suu Kyi

LUCUT… Amnesty International tanpa dijangka bertindak tarik balik hadiah paling berprestij hak asasi manusia diterima pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi daripada badan antarabangsa itu.

Organisasi pemantau hak asasi global itu malah menuduh tokoh demokrasi negara ASEAN tersebut masih pertahan pelanggaran hak asasi manusia dengan tidak bersuara mengenai keganasan terhadap minoriti Islam Rohingya.

Suu Kyi, yang satu ketika dulu dianggap pejuang kebebasan Myanmar, sudah dilucutkan daripada beberapa siri penghormatan antarabangsa berhubung isu perpindahan beramai-ramai Rohingya yang bermula 25 Ogos 2017.

Lebih 700,000 orang minoriti tanpa kerakyatan itu lari menyeberang ke Bangladesh selepas tentera Myanmar melancarkan tindakan keras sebagai tindak balas serangan pejuang Rohingya ke atas pos pasukan keselamatan.

Penyiasat yang diberi mandat Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) menuduh askar Myanmar melancarkan kempen pembunuhan, rogol dan bakar rumah penduduk Rohingya dengan ‘niat melakukan pembunuhan beramai-ramai.’

Pentadbiran Suu Kyi, 73, bagaimanapun menolak penemuan badan dunia itu sebagai kononnya berat sebelah dan menyatakan bahawa pihak tentera kerajaan bertindak dengan sah bagi banteras isu pemberontakan penduduk.

Kumpulan hak asasi manusia antarabangsa itu menamakan Suu Kyi sebagai penerima Anugerah Duta Hati Nurani tahun 2009 ketika beliau masih lagi ditahan dalam rumah kerana bersikap keras menentang junta Myanmar.

Dalam tempoh lapan tahun selepas dibebaskan, Suu Kyi memimpin partinya capai kemenangan pada pilihan raya 2015. Beliau menubuhkan pemerintah pada tahun berikutnya namun terpaksa berkongsi kuasa dengan tentera.


Malahan parti pimpinannya, Liga Demokrasi Nasional dilaporkan tewas enam daripada 13 buah kerusi yang telah dipertandingkan dalam pilihan raya kecil secara serentak di seluruh negara pada awal bulan ini.

Amnesty International dalam satu kenyataan hari ini menyatakan pemimpin Myanmar itu gagal bersuara dan ‘melindungi pasukan keselamatan daripada dipertanggungjawabkan’ atas keganasan terhadap Rohingya.

Badan berpusat di London, Britain dan ditubuhkan sejak 1961 itu menyifatkan sikap Suu Kyi sebagai ‘pengkhianatan amat memalukan terhadap nilai-nilai yang pernah beliau pegang pada satu ketika dahulu.’

Setiausaha Agung kumpulan penyokong itu, Kumi Naidoo menulis kepada Suu Kyi kelmarin dengan berkata, Amnesty International menarik balik anugerah berkenaan kerana ia ‘sangat kecewa pemimpin itu.

Wanita besi negara tersebut dan anak perempuan kepada pengasas Myanmar moden itu dianggap sebagai tidak lagi mewakili simbol harapan, keberanian dan pembelaan hak asasi manusia’. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori