• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Orang Asli Ambil Inisiatif Tingkat Sosio Ekonomi

oleh
23/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAPAH – Penduduk Orang Asli di Perak perlu mempunyai inisiatif untuk meningkatkan sosio ekonomi di penempatan masing-masing terlebih dahulu bagi mengelakkan budaya meminta-minta daripada orang berkepentingan untuk membantu komuniti itu.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata jika bantuan terus disalurkan tanpa mereka memulakan inisiatif memajukan tempat sendiri, dikhuatiri wang peruntukan yang disalurkan kerajaan tidak dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.

“Apa yang saya maksudkan ialah penduduk kampung Orang Asli perlu bersama-sama mencari alternatif untuk menaikkan ekonomi kampung mereka. Kerajaan sedia bantu namun kita menggalakkan mereka lupakanlah dahulu budaya terlalu meminta atau budaya menunggu orang luar datang hantar barangan, bantuan dan sebagainya.

“Jika mereka rasakan kampung mereka ada potensi sebagai suatu tarikan pelancongan, maka saya syorkan kepada mereka majukan tempat sendiri terlebih dahulu, kemudiannya barulah kita pertimbangkan untuk meluluskan bantuan dipohon,” katanya.

Ahmad Faizal yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Chenderiang berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan program masyarakat bersama pemimpin, agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan di Sekolah Kebangsaan (SK) Pos Musuh LZ (Landing Zone) dekat sini hari ini.

Turut hadir isteri Menteri Besar, Datin Seri Dr Nomee Ashikin Mohammed Radzi, Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Abdul Hadi Mohd Salleh, Timbalan Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Perak Tijah Hassan, Tok Batin Pos Musuh Bah Hadi Bah Boy dan guru besar sekolah itu Azman Abdul Manaf.

Ketika berucap, Ahmad Faizal menyarankan penduduk Orang Asli Pos Musuh agar mencontohi usaha Orang Asli dari penempatan Pos Kuala Mu, Sungai Siput dalam aspek pelancongan sehingga berjaya menarik kedatangan pelancong di seluruh negeri.

“Mula-mula mereka bina satu rumah sahaja dan menyewakan kepada sesiapa yang datang, dengan menyimpan duit itu akhirnya mereka kini berjaya mewujudkan berpuluh-puluh buah homestay di kampung berkenaan kerana mereka mengetahui akan tarikan kawasan mereka.

“Jadi macam inilah kerajaan negeri bersemangat untuk salurkan bantuan dan secara tidak langsung menghargai apa yang dilakukan mereka, Saya percaya Pos Musuh LZ juga mempunyai tarikannya tersendiri” katanya.

Ahmad Faizal turut melahirkan rasa kagum dengan pencapaian sekolah pedalaman itu yang telah meraih 18 pencapaian terbaik sama ada di peringkat negeri mahupun kebangsaan, antaranya dinobatkan selama tiga tahun berturut-turut (2015-2017) sebagai sekolah yang mencapai peratusan kehadiran 100 peratus muridnya ke sekolah.

Sehubungan itu, menteri besar meluluskan RM25,000 bagi menambah baik infrastruktur sekolah berkenaan.

SK Pos Musuh LZ, yang jaraknya kira-kira 40 kilometer sehala dari Pekan Tapah, terletak di sebuah daripada bukit di Banjaran Titiwangsa, di sebuah kawasan pedalaman yang dihuni penduduk Orang Asli daripada suku kaum Semai.

Untuk sampai ke sana, para guru mahupun penduduk tempatan terpaksa melalui lereng-lereng gunung yang sempit dan jurang dalam serta hanya muat untuk dilalui sebuah kenderaan pacuan empat roda. – BERNAMA

Tags: Ahmad Faizal Azumu
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Peja Lapor Polis, Nafi Buat Gangguan Seksual

Peja Lapor Polis, Nafi Buat Gangguan Seksual

03/08/2023
0

PETALING JAYA – Timbalan Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu membuat laporan polis mengenai dakwaan...

Elak Tanggapan Tikus Membaiki Labu

05/06/2022
0

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) beriltizam mahu membantu mengatasi gejala rasuah dan salah guna kuasa dalam kalangan belia suatu usaha...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd