• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Algeria: 93 Kanak-Kanak Mangsa Pemerdagangan Manusia Diselamatkan

oleh Cj Mnh
19/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALGIERS – Sejumlah 93 kanak-kanak dari pelbagai negara Afrika berjaya diselamatkan daripada rangkaian sindiket pemerdagangan manusia, demikian menurut kenyataan pihak berkuasa Algeria pada Ahad.

Memetik kenyataan Jabatan Polis dan Biro Bantuan Sosial Algeria, kesemua mangsa diselamatkan dalam tempoh seminggu oleh anggota pasukan keselamatan Algeria termasuk lebih 60 warga Nigeria, lapor Xinhua.

Operasi pertama dijalankan lima hari lalu dan seramai 39 kanak-kanak berjaya diselamatkan. Kanak-kanak itu dikatakan dipergunakan untuk mengemis di pinggir bandar di timur Algeria.

Operasi kedua pada Khamis, 54 kanak-kanak diselamatkan, 28 daripadanya tanpa ibu bapa.

Mereka dilaporkan berada dalam keadaan baik dan kini di bawah jagaan Pusat Bantuan dan Sosial Algeria.

Tahun ini sahaja Algeria telah menyerahkan 10,000 pendatang haram termasuk 7,000 kanak-kanak ke Nigeria. – BERNAMA

Tags: kanak-kanakpemerdagangan manusia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

15/02/2026
0

SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun ditemui rentung, manakala seorang lelaki cedera dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat...

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tangisan tanpa henti seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dipercayai menjadi punca dia dipukul anak pengasuh di sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd