Friday, July 19, 2024

Creating liberating content

Afdlin Tegur Penaja TRW,...

PELAKON dan pengarah terkenal, Afdlin Shauki menerusi laman Facebooknya baru-baru ini meluahkan pendapatnya mengenai tajaan...

Hadkan Tempoh Jawatan MB...

ISKANDAR PUTERI – Kerajaan Johor berpendapat tiada keperluan untuk mengadakan pindaan bagi memasukkan...

Lt. Adnan: Bukit Chandu...

Oleh: Datuk Akmar Hisham Mokhles PERMATANG Pasir Panjang di Singapura masih lagi seperti dulu...

Persatuan Perubatan Gesa Reformasi...

Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menggesa reformasi pendekatan kerajaan terhadap pemulihan dadah, bermula dengan...

Air Percuma Selangor Hanya Untuk Golongan B40

SHAH ALAM – Kerajaan Negeri Selangor mulai 2019 hanya akan memberikan air percuma kepada golongan berpendapatan rendah (B40) sahaja dan bukan lagi seperti sekarang yang dinikmati semua lapisan masyarakat.

Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, penjajaran semula tersebut adalah bagi memenuhi matlamat asal program air percuma iaitu untuk membantu mengurangkan beban rakyat yang berpendapatan rendah.

Jelasnya, bagi maksud penjajaran itu juga, kadar 20 meter padu air percuma untuk golongan B40 juga akan dinaikkan kepada 25 meter padu.

“Kerajaan negeri yakin golongan B40 ini lebih berkeperluan dan lebih menghargai bantuan air percuma ini. Mereka akan mendapat lebih manfaat dari penjajaran semula air percuma nanti.

“Harapan kerajaan agar penjajaran ini bukan sahaja membantu mereka dalam kehidupan seharian tetapi membantu meringankan beban belanja bulanan dengan lebih berkesan,” katanya ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2019 di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Kategori