• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Air Percuma Hanya Untuk B40 Tidak Pelik – Khalid

oleh Ahmad Albab
24/11/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Keputusan kerajaan Selangor untuk hanya menawarkan air percuma 25 meter padu kepada kumpulan B40 bukan pengumuman yang mengejutkan.

Bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata walaupun beliau tidak menafikan perasaan kecewanya terhadap keputusan itu, ia adalah sesuatu yang sudah dijangkakannya terutama selepas kerajaan negeri membuat keputusan membayar RM2.55 bilion kepada syarikat pemegang konsesi dalam penstrukturan semula industri air sebelum ini.

“Saya sememangnya sudah menjangkakan kenaikan bayaran melebihi 10 kali ganda dari tawaran yang saya lakukan dahulu akan memberi beban yang besar kepada kerajaan negeri.

“Nampaknya segala usaha yang dilakukan oleh pasukan saya sepanjang pentadbiran saya dalam memastikan bayaran yang berpatutan dibayar kepada pemegang konsesi menjadi sia-sia.

“Usaha, komen serta amaran yang kami berikan tidak diambil perhatian malah dihina semata-mata bagi mempertahankan niat kerajaan negeri untuk membayar lebih kepada syarikat konsesi,” katanya dalam satu kenyataan kepada NSTP.

Pemberian air percuma 20 meter padu dimulakan di Selangor pada 2008 selepas pentadbiran negeri diterajui Pakatan Rakyat yang melantik Abdul Khalid sebagai menteri besar ketika itu.

Abdul Khalid berkata, kegagalan kerajaan negeri mendapatkan jumlah terbaik untuk rakyat Selangor menjadikan kos operasi industri air sangat tinggi dan kerajaan tidak lagi mampu memberi kemudahan air percuma kepada rakyat Selangor.

Justeru, katanya, rizab negeri kian terhakis dan rakyat pula membayar lebihan kos untuk tempoh 20 tahun lamanya.

Pada masa sama, Abdul Khalid berkata alasan kononnya dengan memberi air percuma hanya kepada kumpulan B40 akan membolehkan kerajaan berjimat sehingga RM105 juta agak sukar diterima.

“Malah, saya mempunyai pandangan sinis dengan jumlah ini kerana nampaknya kerajaan negeri terlalu simplistik dalam membuat kira-kira.

“Ini kerana kos yang tinggi diperlukan dalam membina program komputer yang akan mengasingkan kategori pengguna; kategori pemilik dan penyewa serta kos menyelenggara bil-bil yang dikeluarkan.

“Belum lagi masa yang akan diambil untuk mengawal selia dalam memastikan hanya kumpulan B40 sahaja yang menerima faedah daripada skim air percuma ini.

“Jelas laungan reformasi dalam memastikan penswastaan dilaksanakan demi kesejahteraan rakyat dikhianati dan masih terlalu jauh untuk direalisasikan,” katanya.

NSTP semalam melaporkan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2019, mengumumkan pemberian air percuma di Selangor akan ditambah daripada 20 meter padu kepada 25 meter padu sebulan.

Namun, skim pemberian air percuma itu hanya akan dinikmati kepada golongan sasar yang berada dalam kalangan B40 iaitu mereka yang berdaftar dan mempunyai data dengan program E-Kasih. – BH ONLINE

Tags: air percumaKerajaan SelangorTan Sri Abdul Khalid Ibrahim
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tolak ICERD Tidak Perlu Dibawa Ke Parlimen – Mujahid

Next Post

Sarawak Terus Usaha Atasi Isu Sekolah Daif

Related Posts

Selangor Rekod RM60.1 Bilion Pelaburan Tahun Lalu

Selangor Rekod RM60.1 Bilion Pelaburan Tahun Lalu

16/03/2023
0

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor merekodkan RM60.1 bilion pelaburan membabitkan pelbagai sektor termasuk perkilangan dan perkhidmatan sepanjang tahun lalu. Ikuti Mynewshub: Telegram...

Caj Plastik 20 Sen Dibelanjakan Untuk Program Kelestarian Alam Sekitar

Caj Plastik 20 Sen Dibelanjakan Untuk Program Kelestarian Alam Sekitar

07/12/2022
0

SHAH ALAM: Kerajaan negeri melaksanakan pelbagai usaha, termasuk pembersihan sungai, pemberian beg kitar semula dan penamaan pokok menggunakan hasil kutipan...

Next Post

Sarawak Terus Usaha Atasi Isu Sekolah Daif

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd