• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ADUN Bayan Lepas Mohon Bantuan Khas Bencana

oleh
23/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayan Lepas, Azrul Mahathir Aziz memohon kepada Ketua Menteri, Chow Kon Yeow supaya dapat mempertimbangkan bantuan khas bencana banjir kepada mangsa yang dilanda banjir kilat pada Rabu.

Katanya penduduk di kawasan Bayan Lepas paling ramai terjejas akibat banjir kilat itu dan mengalami kerosakan harta benda yang teruk.

“Banjir pada Rabu itu agak teruk terutama di kawasan Bayan Lepas dan ramai penduduk yang mengalami kerosakan harta benda sebab itu saya bersuara kepada Ketua Menteri agar mempertimbangkan bantuan khas berkenaan.

“Buat masa ini tiada jawapan lagi…banjir itu bukan sahaja merosakkan harta benda penduduk malah ia luar jangkaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pada Rabu lepas, hujan berterusan sejak pagi telah menyebabkan beberapa kawasan antaranya Bayan Lepas, Teluk Kumbar, Sungai Ara, Teluk Bahang dan Sungai Pinang di Balik Pulau mengalami banjir kilat.

Hujan yang bermula pukul 8.30 pagi hingga 4 petang itu telah menyebabkan puluhan rumah di kawasan berkenaan mengalami banjir kilat dan dinaiki air antara 0.3 meter(m) hingga 0.6m.

Azrul Mahathir berkata dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang lepas beliau telah membangkitkan isu pembangunan supaya mengambil kira permasalahan di hiliran.

“Kadar mampu tanggung water catchment Sungai Teluk Kumbar dan Sungai Bayan Lepas perlu diambil kira supaya banjir tidak lebih teruk lagi pada masa hadapan,” katanya.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak terutama agensi kerajaan seperti polis, bomba, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dalam bantu mengurus mangsa banjir. – BERNAMA

Tags: bantuan bencana banjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

RM1.74 Juta Untuk Persediaan Awal Hadapi Banjir

14/11/2018
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan telah menyalurkan RM1.74 juta sebagai peruntukan awal kepada Tabung Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN)...

Bantuan Pesawah Terjejas Banjir Dalam Perincian Akhir

12/11/2017
0

DUNGUN - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sedang melakukan perincian akhir sebelum menyalurkan bantuan kepada pesawah yang terjejas akibat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd