• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

85,000 Bayi, Budak Mati Kelaparan

oleh Ahmad Albab
22/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Sejak tiga tahun lalu, dianggarkan sehingga 85,000 bayi dan kanak-kanak di Yaman mati akibat kebuluran berikutan perang dan sebahagian besarnya adalah anak kecil yang berusia bawah lima tahun.

Berdasarkan data dikumpul Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), pertubuhan Save the Children membuat rumusan kes kebuluran dan kekurangan zat membabitkan kanak-kanak berusia lima tahun ke bawah.

Menurut laporan AlJazeera, Pertubuhan kemanusiaan itu mendapati 84,701 kanak-kanak kebuluran hingga mati antara April 2015 hingga Oktober 2018 akibat kekurangan makanan.

“Penemuan itu amat mengerikan, kira-kira 85,000 kanak-kanak di Yaman mati akibat kelaparan melampau sejak perang bermula.

“Kanak-kanak itu mati dalam keadaan penuh penderitaan selepas organ penting perlahan-lahan berhenti berfungsi sebelum berhenti sepenuhnya.

“Ibu bapa hanya mampu melihat kesengsaraan anak mereka sehingga mangsa meninggal dunia. Mereka tidak mampu untuk melakukan apa-apa,” kata Pengarah Save the Children di Yamen, Tamer Kirolos, dalam kenyataan semalam.

Sejak tentera pakatan diketuai Arab Saudi masuk campur dalam perang saudara Yaman bagi menghalang pengaruh Iran yang menyokong pemberontak Houthi pada Mac 2015, import makanan yang memasuki pelabuhan Hodeidah berkurang kepada 55,000 tan sebulan, hanya cukup untuk 4.4 juta penduduk, termasuk 2.2 juta kanak-kanak.

Menurut Program Makanan Dunia, sehingga 14 juta atau separuh penduduk Yaman menghadapi risiko kebuluran.

Laporan oleh Save the Children itu dikeluarkan ketika pertempuran bagi merebut Hodeidah antara pemberontak dengan tentera pakatan yang menyokong Presiden Abd-Rabbu Mansour Hadi masih sengit.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, hampir 10,000 terbunuh, sebahagian besarnya orang awam sejak Mac 2015 namun pertubuhan kemanusiaan lain percaya jumlahnya lima kali ganda lebih tinggi. – Agensi/myMetro Online

Tags: bayikebuluran
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

26/01/2026
0

GEORGETOWN: Bayi lelaki berusia enam bulan ditemukan meninggal di rumahnya, dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Ayer Itam, di sini,...

Bayi Setahun Maut Selepas Tak Sedar Di Rumah Pengasuh, Ada Cedera Pada Abdomen – Polis

Bayi Setahun Maut Selepas Tak Sedar Di Rumah Pengasuh, Ada Cedera Pada Abdomen – Polis

11/12/2025
0

SEREMBAN: Bayi perempuan berusia setahun meninggal dunia selepas dikatakan diambil ibunya dalam keadaan tidak sedarkan diri dari rumah pengasuh dekat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd