Tuesday, September 26, 2023

Creating liberating content

AJL29: Chef Wan Tegur...

DALAM pada peminat muzik tempatan meraikan kemeriahan Anugerah Juara Lagu ke-29 (AJL29) malam tadi,...

Juruteknik Telekom Maut Motosikal...

SEREMBAN - Seorang juruteknik Telekom maut selepas motosikal berkuasa tinggi yang ditunggangnya terbabas...

Tak Sedar Sebenarnya 4...

BAYANGKAN, hampir empat tahun hidup bersama sebagai pasangan suami isteri, tiba-tiba mengetahui si...

Lebih 10 Rumah Alami...

JASIN - Lebih 10 rumah di Kampung Lipat Kajang di sini mengalami kerosakan...

56,584 Murid Sekolah Rendah Di Pahang Obes

KUANTAN – Seramai 56,584 murid sekolah rendah di Pahang mengalami masalah obesiti pada tahun lalu, kata Pengarah Pendidikan negeri Dr Tajuddin Mohd Yunus.

Beliau berkata angka itu diperoleh daripada Indeks Jisim Badan Murid Sekolah Rendah 2017 dan masalah itu seharusnya ditangani secara bersama oleh guru dan ibu bapa.

“Ibu bapa perlu memainkan peranan di rumah seperti memastikan corak pemakanan dan penglibatan anak dalam aktiviti kecergasan manakala guru berperanan mewajibkan penyertaan murid dalam aktiviti kokurikulum bagi memastikan murid melakukan aktiviti fizikal dan bergerak aktif,” katanya.

Tajuddin berkata demikian semasa merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Sektor Pengurusan Kemanusiaan Negeri Pahang 2018 di sini, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Tajuddin berkata Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) yang bermula tahun ini, juga mengambil kira aspek kokurikulum, sukan serta psikometrik dan bukan hanya mengambil kira pencapai akademik sahaja.

“Ini secara tidak langsung menjadikan sekolah sebagai ruang untuk murid mengembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani,” katanya. – BERNAMA

Kategori