Saturday, July 13, 2024

Creating liberating content

KL2017: Indonesia Tekad Pingat...

PETALING JAYA - Selepas kecundang kepada Malaysia pada aksi separuh akhir, skuad bola...

Ben Nathan Semakin Pulih,...

KUALA LUMPUR - Ben Nathan, penyanyi era 80-an yang popular dengan lagu Stanza Sepi...

Pakaian Serba Hitam: Dewan...

IPOH - Dewan Negara Perak menyuarakan teguran keras terhadap cara berpakaian yang tidak...

Pegawai Kanan Polis Bergelar...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan seorang pegawai kanan...

3 Maut, 3 Parah Kereta Bertembung Lori Di Gua Musang

KOTA BHARU – Tiga maut dengan tiga lagi cedera parah apabila sebuah kereta Proton Wira bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 45 Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini, petang ini.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Supt Mohd Taufik Maidin berkata dalam kejadian kira-kira pada pukul 3.30 petang itu berlaku berhampiran Rancangan Kemajuan Tanah RKT KESEDAR Paloh.

“Dalam kejadian itu pemandu kereta, penumpangnya serta pemandu lori maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

“Tiga yang parah pula seorang kelindan lori dan dua penumpang kereta itu, dikejarkan ke Pusat Kesihatan Bandar Chiku di sini,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, bagaimanapun, identiti kesemua mangsa masih belum dikenalpasti.

Katanya kejadian itu berlaku apabila ketika kereta Proton Wira itu datang dari arah Gua Musang menghala ke Kuala Krai dikatakan cuba memotong sebuah kenderaan lain.


Bagaimanapun kereta terbabit gagal memotong di kawasan berbukit dan selekoh yang menyebabkan kenderaan itu bertembung dengan lori dari arah bertentangan.

Mohd Taufik berkata kerja mengeluarkan mangsa yang tersepit mengambil masa berikutan kereta berkenaan remuk teruk.

Kesemua mayat dihantar ke Hospital Gua Musang untuk bedah siasat. – BERNAMA

Kategori