• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Laras AK47 Ditanam Dalam Semak

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Tiga laras senapang jenis AK47 ditemui tertanam dalam semak di Kampung Gemang, Jeli, semalam.

Penemuan pada jam 4.20 petang itu bersama tiga kelopak peluru, dilakukan oleh sepasukan anggota dari 2 Rejimen Renjer Diraja.

Panglima 8 Briged, Brig Jen Muhammad Huzaimi Sabri, berkata maklumat mengenai senjata itu adalah hasil daripada risikan anggotanya.

“Setiba di lokasi yang dikenal pasti, anggota 2 Rejimen Renjer menggali tanah dalam semak itu dan menemui tiga laras senapang yang ditanam bersama.

“Kita percaya tiga laras senapang itu adalah dari Thailand kerana di negara ini tiada senjata jenis itu digunakan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Ketiga-tiga senapang itu kemudiannya diserahkan kepada pihak polis di Balai Polis Bukit Bunga, Jeli.

Berhubung penugasan sempena musim banjir ini, Muhammad Huzaimi berkata pihaknya sudah membuat persiapan dari segi fizikal dan mental.

“Seramai 800 anggota 8 Briged yang berada di Kelantan dan Terengganu terbabit dalam atur gerak penugasan ini.

“Ia termasuk rancangan penempatan anggota, kenderaan, aset menyelamat , tinjauan serta latihan persediaan bagi menghadapi banjir di Kelantan dan Terengganu,” katanya. – BH ONLINE

Tags: Anggota TenteraSenapang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Saya Panglima Kecil Harus Bertempur Dengan Cara Saya” – PMX Anwar

“Saya Panglima Kecil Harus Bertempur Dengan Cara Saya” – PMX Anwar

07/08/2026
0

MELAKA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan dirinya sebagai seorang panglima kecil yang harus bertempur dengan cara tersendiri...

Kerajaan Sedang Kaji Proses Kenaikan Pangkat Tentera, Seru Perkukuh Perpaduan – PMX Anwar

Kerajaan Sedang Kaji Proses Kenaikan Pangkat Tentera, Seru Perkukuh Perpaduan – PMX Anwar

27/07/2026
0

TAMPIN - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan kerajaan sedang mengkaji kaedah untuk menambah baik proses kenaikan pangkat pegawai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd