• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Muslimah Hampir Pasti Menang Kerusi Kongres

oleh Ahmad Albab
01/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

CHICAGO, Illinois – Pengundi-pengundi Amerika Syarikat (AS) bersedia memilih dua wanita Islam untuk menduduki kerusi Kongres dalam pilihan raya separuh penggal pada minggu hadapan sekali gus membuka lembaran sejarah baharu ketika retorik anti-Islam dan antiimigran semakin meningkat di AS.

Ilhan Omar yang merupakan seorang pelarian Somalia, hampir pasti dipilih menduduki Dewan Perwakilan. Beliau merupakan calon Parti Demokrat di sebuah daerah yang menjadi kubu kuat parti berkenaan di negeri Minnesota.

Calon kedua, Rashida Tlaib pula diramal menang tanpa bertanding selepas tidak menerima tentangan di daerah yang diwakilinya. Beliau yang merupakan pekerja kemasyarakatan, ialah anak imigran Palestin dan dilahirkan di negeri Detroit.

Kedua-duanya akan menjadi wanita Islam pertama berkhidmat di Kongres. Kehadiran mereka akan meningkatkan bilangan ahli Kongres Islam kepada tiga orang di AS.

Ahli Kongres beragama Islam dan berdarah Afrika-AS, Andre Carson, dijangka dipilih semula apabila bertan­ding di daerah yang dikuasai Parti Demokrat di negeri Indiana.

Pencapaian itu berlaku di sebalik sentimen anti-Islam yang semakin meningkat di seluruh AS. – AFP/KOSMO ONLINE

Tags: Ahli politik wanitaAmerika Syarikat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jika Perdana Menteri Bukan Anwar, Saya Boleh Katakan Hari Ini USD1=RM5 – Arul Kumar

Jika Perdana Menteri Bukan Anwar, Saya Boleh Katakan Hari Ini USD1=RM5 – Arul Kumar

18/06/2026
0

SEREMBAN - Nilai ringgit hari ini RM5 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) jika Perdana Menteri Malaysia bukan Datuk Seri Anwar...

Personaliti Media Sosial AS Sneako Teruja Dapat Bertemu Tunku Mahkota Ismail

Personaliti Media Sosial AS Sneako Teruja Dapat Bertemu Tunku Mahkota Ismail

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menerima mengadap personaliti media sosial dari Amerika Syarikat (AS), Sneako...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd