• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Graduan USIM Meninggal Terima Ijazah Anumerta

oleh Cj Mnh
21/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Dua bakal graduan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang telah meninggal dunia akibat sakit, akan menerima penganugerahan ijazah secara anumerta pada Majlis Konvokesyen Ke-16 USIM yang dijadual berlangsung selama tiga hari bermula Selasa depan.

Naib Canselor USIM Prof Datuk Dr Musa Ahmad berkata skrol ijazah kedua-dua graduan tersebut akan diterima ahli keluarga terdekat.

“Kedua-dua pelajar ini iaitu Almarhumah Nurnadiana Ramlee pelajar Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Sains Aktuari dan Pengurusan Risiko) (FST) yang berasal dari Johor. Beliau disahkan meninggal dunia kerana jangkitan virus yang kronik pada kulit dan organ dalaman semasa menjalani Latihan Industri pada 9 April lepas.

“Seorang lagi iaitu Almarhumah Sahadah Ajik pelajar Sarjana Muda Fiqh dan Fatwa dengan Kepujian (FSU) berasal dari Sabah disahkan menghidap penyakit kronik iaitu kegagalan buah pinggang tahap akhir semenjak September 2016. Pelajar telah meninggal dunia pada minggu pertama menjalani Latihan Industri iaitu pada 10 Februari lepas iaitu hari pertama beliau melaporkan diri di Mahkamah Rendah Syariah Kota Belud, Sabah,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Dr Musa berkata majlis konvokesyen pada kali ini melibatkan seramai 2,712 pelajar dengan pelajar PhD pada tahun ini datang dari 15 buah negara meliputi Malaysia, Algeria, Bahrain, Mesir, Brunei, Indonesia, Iraq, Jordan, Libya, Nigeria, Oman, Sudan, Syria, UAE dan Yaman.

“Dimaklumkan juga bahawa graduan PhD paling ramai adalah dari negara Libya iaitu seramai 38 orang dan Malaysia yang kedua tertinggi iaitu seramai 20 orang.”

Katanya Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud selaku Tuanku Canselor USIM telah memberi perkenan untuk diadakan Majlis Konvokesyen Ke-16 USIM pada Selasa, Rabu dan Khamis ini melibatkan lima sidang. “Istiadat Pembukaan Majlis Konvokesyen ke-16 yang bertemakan “Pembangunan Lestari” itu akan diadakan pada hari Selasa puku 8.00 pagi yang akan disempurnakan Tuanku Aishah Rohani bertempat di Dewan Tuanku Canselor.

“Majlis konvokesyen itu juga akan memberi pengiktirafan kepada tiga tokoh yang telah memberi sumbangan besar kepada dunia akademik, pendidikan tinggi dan masyarakat.

“Dua orang tokoh akan dianugerahkan Ijazah Doktor Falsafah (Kehormat) iaitu Tan Sri Wahid Omar yang merupakan mantan Pengerusi Kumpulan, Permodalan Nasional Berhad dan Datuk Muhammad Muda yang merupakan Naib Canselor kedua USIM pada tahun 2009 hingga 2012.

“Bagi Ijazah Kehormat Sarjana pula akan diangerahkan kepada Mohd Alwi Yusoff yang merupakan tokoh yang bertanggungjawab dalam memantapkan penubuhan Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS) USIM di awal penubuhan universiti,” katanya. – BERNAMA

Tags: graduanijazah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Persatuan Jururawat Lelaki Malaysia Bantah Kemasukan Jururawat Indonesia

Persatuan Jururawat Lelaki Malaysia Bantah Kemasukan Jururawat Indonesia

12/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Persatuan Jururawat Lelaki Malaysia (MMN) membantah cadangan membawa masuk jururawat dari Indonesia bagi mengatasi kekurangan tenaga kerja...

Graduan Dituduh Memandu Bawah Pengaruh Alkohol Sebabkan 2 Kematian

Graduan Dituduh Memandu Bawah Pengaruh Alkohol Sebabkan 2 Kematian

12/08/2024
0

KUALA LUMPUR : Seorang graduan yang baru menamatkan pengajian di universiti luar negara didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd