Sunday, April 14, 2024

Creating liberating content

Suami Isteri Tinggal Dengan...

Girona (Sepanyol) - Pasangan suami isteri yang tinggal dengan mayat anak mereka berusia...

Perogol Bertemu Dengan Mangsa...

LELAKI ini, Gary Mottershead menyangka dia akan dapat melepaskan diri daripada rogol dan...

Cristiano Ronaldo Pulih Dari...

MILAN - Khabar baik buat pasukan Real Madrid apabila bintang sensasi pasukan itu...

PRU15: [TIDAK RASMI] Amirudin...

PETALING JAYA – Keputusan tidak rasmi menyaksikan calon Pakatan Harapan (PH) yang juga...

184 Veteran Dan 28 Balu Di Johor Terima Pingat Jasa Malaysia

MUAR – Sebanyak 184 veteran tentera dan 28 balu hari ini menerima Pingat Jasa Malaysia (PJM) bagi peringkat negeri Johor dalam satu majlis yang diadakan di Dewan SBJ, Bakri di sini hari ini.

Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata tujuan penyampaian pingat itu adalah bagi menghargai dan mendekati para veteran tentera serta balu yang telah banyak menyumbang bakti kepada negara.

“Pihak kementerian menerusi Jabatan Hal Ehwal Veteran sentiasa menjaga kebajikan bekas tentera dan memberi pelbagai bantuan termasuk dari segi bantuan kesihatan, bantuan persekolahan anak-anak bekas veteran dan lain-lain,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis tersebut Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin.

Mohamad berkata terdapat kira-kira 300,000 orang veteran berpencen dan tidak berpencen di seluruh negara dan ada daripada mereka yang tinggal jauh di luar bandar dan tidak mempunyai maklumat tentang bantuan yang berhak mereka terima.


Pada majlis tersebut, Mohamad turut menyampaikan Anugerah Ikon kepada 10 usahawan veteran yang mendapat bantuan Skim Pembiayaan Mikro Usahawan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (SPMUV).

Dalam perkembangan lain, Mohamad yang juga Presiden Parti Amanah Negara berkata proses persiapan bagi Konvensyen Amanah yang akan berlangsung di Perak pada 14 hingga 16 Dis ini berjalan dengan lancar. – BERNAMA

Kategori