• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

175 Kontena Bahan Sisa Plastik Tidak Diisytihar Di NBCT

oleh
15/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUTTERWORTH – Sebanyak 175 kontena di Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT) didapati penuh berisi dengan bahan buangan plastik yang tidak diisytihar dan tidak mendapat permit import (AP) daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, sekali gus menimbulkan masalah kepada pihak berkuasa pelabuhan dan Jabatan Kastam.

Menteri berkenaan, Zuraida Kamaruddin, yang melawat terminal itu hari ini berkata, beliau dimaklumkan bahawa perkara itu adalah sesuatu yang hampir merupakani ‘perkara’biasa’ di Penang Port apabila bahan buangan plastik dibawa masuk sebelum mendapat kelulusan daripada kementerian.

“Malah, sebelum mendapat kelulusan daripada kementerian bagi mengimport plastik, mereka (pengimport) sudah membuat tempahan daripada negara sumber.

“Apabila (kontena) tiba, barulah mereka mengemukan permohonan AP. Sebab itulah pelabuhan ini penuh dengan kontena yang tidak diisytihar, memenuhi ruang dan menimbulkan kesusuhan kepada pihak berkuasa pelabuhan dan Kastam,” katanya kepada pemberita selepas lawatan itu.

Zuraida berkata beliau juga dimaklumkan bahawa sesetengah syarikat yang mengimport bahan buangan plastik menipu dalam perisytiharan mereka dengan menggunakan kod lain, bukan HS Code 3915, berikutan pembekuan semua aktiviti mengimport bahan buangan plastik selama tiga bulan bermula 23 Julai lalu.

“Mereka ubah (perisytiharan) kepada kod lebih umum seperti HS Code 3902 dan dengan wujudnya perbuatan melakukan perisytiharan palsu itu, saya berpendapat mereka patut dikenakan hukuman,” katanya yang turut menjelaskan beliau akan membangkitkan perkara itu pada mesyuarat Kabinet esok.- BERNAMA

Tags: Zuraida Kamaruddin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Insiden Pulau Angsa: Kotak Hitam Helikopter Maritim Malaysia Ditemui

Zuraida: Tindakan Fahmi Persis Pemerintahan Komunis

17/04/2024
0

Timbalan Presiden Muafakat Nasional Zuraida Kamaruddin menyifatkan tindakan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil seperti "pemerintahan negara komunis", susulan arahannya agar Suruhanjaya...

AGC Bantah Permohonan Zuraida Mohon Isytihar Presiden PBM

AGC Bantah Permohonan Zuraida Mohon Isytihar Presiden PBM

12/04/2023
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Peguam Negara (AGC) membantah permohonan Datuk Zuraida Kamaruddin untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd