• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

14 Parkir Bertingkat Dibina DBKL, Atasi Masalah Parkir

oleh Cj Mnh
27/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak 14 kawasan perumahan dikenal pasti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk pembinaan parkir bertingkat bagi mengatasi masalah kekurangan parkir penghuni kediaman berkenaan.

Menteri Wilayah Khalid Abdul Samad berkata projek itu melibatkan beberapa kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) di sekitar ibu kota dengan peruntukan sebanyak RM300 juta dibiayai sepenuhnya oleh DBKL.

“Setakat ini, 12 daripada jumlah projek itu sedang dibina, manakala dua lagi sedang dalam proses mendapatkan kelulusan tapak daripada Pejabat Tanah dan Galian (PTG).

“Selepas siap 14 projek ini, sebanyak 7,906 unit parkir baharu disediakan DBKL, (iaitu) tambahan kepada 6,672 unit parkir biasa yang sedia ada di PPR dan PA tersebut,” katanya pada sidang media mengenai pusat penyembelihan ayam halal bersepadu di sini, hari ini.

Khalid berkata tujuh daripada 14 projek itu telah menerima Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC) dan akan dirasmikan bulan hadapan.

“Serentak dengan pembinaan ini, bangunan (parkir bertingkat) ini turut menyediakan ruang perniagaan di tingkat bawah dan kemudahan masyarakat seperti pusat komuniti, gelanggang futsal dan bilik-bilik aktiviti,” katanya.

Mengenai projek pembinaan pusat penyembelihan ayam halal bersepadu itu, Khalid berkata ia satu daripada projek rintis dalam menjamin sistem kawalan operasi yang bersih serta sistematik.

“Projek ini telah dirancang dengan komprehensif melalui reka bentuk moden, mempunyai kemudahan teknologi tinggi dan dilengkapi fasiliti yang menjamin kebersihan ayam (yang disembelih) serta tempat penyembelihan itu sendiri,” katanya. – BERNAMA

Tags: DBKLparkir bertingkat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Anggota Penguat Kuasa DBKL Kena Kompaun Buang Sampah Dari Kenderaan Rasmi

Anggota Penguat Kuasa DBKL Kena Kompaun Buang Sampah Dari Kenderaan Rasmi

24/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil tindakan terhadap seorang kakitangannya kerana membuang sampah daripada kenderaan rasmi selepas...

JIM, DBKL Serbu Pasar Pudu, 186 PATI Ditahan Dalam Ops Kutip

JIM, DBKL Serbu Pasar Pudu, 186 PATI Ditahan Dalam Ops Kutip

21/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB KUALA LUMPUR – Seramai 186 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam operasi bersepadu berskala besar yang dijalankan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd