• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

100 Penduduk Syria Sesak Nafas Selepas Serangan ‘Beracun’

oleh Ahmad Albab
26/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DAMSYIK, Syria – Kira-kira 100 penduduk Syria dimasukkan ke hospital kerana me­ngalami masalah pernafasan di Aleppo, lapor media peme­rintah dan sebuah kumpulan pemerhati semalam susulan dakwaan bahawa pemberontak membedil gas ‘toksik’ ke bandar yang dikuasai tentera Presiden Bashar Al-Assad itu pada hari sebelumnya.

Pakatan pemberontak di wilayah bersebelahan, Idlib menafikan terbabit dalam kejadian tersebut.

Agensi berita rasmi, SANA melaporkan, terdapat 107 kes kesukaran bernafas dalam angka yang dikemas kini semalam.

Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria (SOHR) menyatakan, seramai 94 orang telah dimasukkan ke hospital tetapi kebanyakan mereka dibenarkan pulang, manakala baki pesakit bukan kritikal.

Lewat kelmarin, SANA menuduh kumpulan pemberontak melancarkan serangan gas beracun ke atas bandar Aleppo di utara Syria. Menteri Kesihatan rejim Bashar, Ziad Haji Taha berkata, bahan toksik yang digunakan berkemungkinan gas klorin.

Pada hari sama, seorang jurugambar agensi berita AFP melihat sebilangan lelaki, wanita dan kanak-kanak dirawat di Hospital Aleppo kerana sukar bernafas.

Bagaimanapun, pakatan pemberontak di Idlib menafikan pembabitan dalam kejadian itu.

“Kami pakatan Barisan Pembebasan Nasional menafikan terlibat dengan jenayah itu. Rejim Bashar berbohong bahawa kami menyasarkan bandar Aleppo dengan bedilan peluru berpandu, apatah lagi, misil yang mengandungi gas klorin,” kata pakatan itu dalam satu kenyataan. – AFP/KOSMO ONLINE

Tags: seranganSyria
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Kecam Serangan Terbaru Israel Di Gaza, Nyatakan Pencabulan Gencatan Senjata

Malaysia Kecam Serangan Terbaru Israel Di Gaza, Nyatakan Pencabulan Gencatan Senjata

22/01/2026
0

KUALA LUMPUR - Malaysia mengecam keras serangan oleh rejim Israel di Gaza yang mengakibatkan kematian orang awam yang tidak berdosa,...

Bapa Dan Anak Dalang Serangan Berdarah Di Pantai Bondi – Polis Australia

Bapa Dan Anak Dalang Serangan Berdarah Di Pantai Bondi – Polis Australia

15/12/2025
0

SYDNEY: Lelaki dan anaknya disahkan Polis Australia sebagai suspek serangan tembakan di Pantai Bondi, Sydney, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 16 nyawa,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd