Wednesday, July 24, 2024

Creating liberating content

Kes Baharu Covid-19 Terus...

PUTRAJAYA - Jangkitan kes baharu Covid-19 yang dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak...

56,000 Terima Manfaat Program...

PADANG RENGAS - Seramai 56,00 orang telah menerima manfaat daripada program UMNO Bantu...

Kerajaan Kekal Proton Perdana...

PUTRAJAYA - Kerajaan mengekalkan penggunaan kereta Proton Perdana sebagai kenderaan rasmi untuk menteri,...

MYPPP Buat Laporan Kepada...

PUTRAJAYA - Majlis Tertinggi MyPPP hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Zahid Dibebaskan Dengan Ikat Jamin RM2 Juta

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 10 tuduhan pecah amanah dan lapan tuduhan rasuah berjumlah RM42,083,132.99 dan 27 tuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM72,063,618.15.

Zahid, 65, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Azura Alwi selepas pertuduhan dibacakan satu persatu kepadanya.

Mahkamah membenarkan anggota Parlimen Bagan Datuk itu dibebaskan dengan ikat jamin RM2 juta dengan seorang penjamin dan memerintahkannya menyerahkan pasportnya kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Mahkamah memerintahkan Zahid membayar jaminan sebanyak RM1 juta hari ini manakala bakinya sebelum atau pada 26 Oktober dan menetapkan 14 Disember untuk sebutan semula kes.

Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram yang dilantik sebagai Timbalan Pendakwa Raya Kanan mengetuai barisan pendakwaan yang dibantu oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib, Mohamad Mustafa P. Kunyalam, T. Deepa Nair dan Nadia Mohd Izhar.

Zahid, bekas Timbalan Perdana Menteri itu diwakili 12 peguam diketuai Hisyam Teh Poh Teik dan dibantu antaranya Datuk Ahmad Zaidi Zainal dan Kitson Foong.

Bagi 10 tuduhan pecah amanah Zahid didakwa sebagai seorang ejen iaitu pemegang amanah Yayasan Akalbudi yang telah diamanahkan wang berjumlah RM20,833,132.99 milik yayasan tersebut telah melakukan pecah amanah jenayah wang tersebut.

Zahid dituduh melakukan kesalahan itu di Affin Bank Berhad, Cawangan Jalan Bunus, No. 133, Jalan Bunus, Off Jalan Masjid India, di sini antara 13 Jan 2014 dan 11 Jan 2016 mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dari dua tahun dan tidak lebih 20 tahun, dan sebatan dan hendaklah dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Bagi lapan kes rasuah, mengikut tuduhan ke- 11, Zahid didakwa menerima suapan daripada syarikat Mastoro Kenny IT Consultant & Services iaitu sekeping cek Public Islamic Bank Berhad bernombor 109144 bernilai RM250,000 milik syarikat Jogabonito Jewellery & Diamonds melalui Junaith Asharab bin Md Shariff menggunakan akaun Maybank milik Lewis & Co. bernombor 514253526286.

Bagi tuduhan ke-12, beliau didakwa menerima suatu suapan daripada syarikat Mastoro Kenny IT Consultant & Services, iaitu 13 keping cek RHB Islamic Bank Berhad bernombor 000016, 000017, 000018, 000019, 000020, 000022, 000023, 000026, 000027, 000028, 000029, 000030 dan 000031 bernilai RM8,000,000 milik syarikat Mastoro Kenny IT Consultant & Services melalui Junaith Asharab bin Md Shariff menggunakan akaun Maybank milik Lewis & Co. bernombor 514253526286

Bagi tuduhan ke-13, Zahid didakwa menerima suatu suapan daripada syarikat Mastoro Kenny IT Consultant & Services iaitu 10 keping cek RHB Islamic Bank Berhad bernombor 000072, 000073, 000074, 000075, 000076, 000077, 000078, 000079, 000080 dan 000082 bernilai RM5,000,000 milik Berani & Jujur Trading melalui Junaith Asharab bin Md Shariff menggunakan akaun Maybank milik Lewis & Co. bernombor 514253526286.

Zahid didakwa melakukan ketiga-tiga pertuduhan itu sebagai dorongan bagi melakukan suatu transaksi yang dicadangkan berlaku, iaitu membantu syarikat Mastoro Kenny IT Consultant & Services untuk mendapatkan projek-projek MyEG di bawah kendalian Kementerian Dalam Negeri Malaysia.


Selain itu, bagi pertuduhan ke-14, presiden UMNO itu dituduh menerima suatu suapan daripada Chew Ben Ben yang merupakan seorang Pengarah di Syarikat Data Sonic Group Berhad, iaitu, sekeping cek Malayan Banking Berhad bernombor 804122 berjumlah RM5,000,000 milik syarikat Sarana Kencana Sdn Bhd melalui akaun Maybank milik Lewis & Co. bernombor 514253526286.

Bagi pertuduhan ke-15, Zahid didakwa menerima suatu suapan daripada Chew Ben Ben yang merupakan seorang Pengarah di Syarikat Data Sonic Group Berhad, iaitu, sekeping cek Malayan Banking Berhad bernombor 804121 berjumlah RM1,000,000 milik syarikat Sarana Kencana Sdn Bhd melalui akaun Maybank milik Lewis & Co. bernombor 514253526286.

Kedua-dua tuduhan itu dilakukan sebagai upah untuk Zahid sebagai Menteri Dalam Negeri, melakukan apa-apa transaksi yang sebenarnya dengan badan awam itu, iaitu syarikat Data Sonic Technologies Sdn Bhd telah dilantik bagi melaksanakan prolehan Penambahan Pembekalan Cip Pasport Selama 5 Tahun Atau 12.5 juta cip yang akan dimasukkan ke dalam halaman Biodata Polycarbonate Pasport Malaysia untuk Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) secara rundingan terus di Kementerian Dalam Negeri Malaysia kepada syarikat Data Sonic Technologies Sdn Bhd.

Sementara itu bagi pertuduhan ke-16, dia didakwa menerima suatu suapan daripada Azlan Shah Affril yang merupakan seorang Pengarah di Syarikat Profound Radiance Sdn Bhd, iaitu, sekeping cek Malayan Banking Berhad bernombor 105749 berjumlah RM300,000 milik Syarikat Profound Radiance Sdn Bhd melalui akaun Maybank milik Lewis & Co. bernombor 514253526286.

Pertuduhan ke-17, Zahid didakwa menerima suatu suapan daripada Azlan Shah yang merupakan seorang Pengarah di Syarikat Profound Radiance Sdn Bhd, iaitu, sekeping cek Malayan Banking Berhad bernombor 105773 berjumlah RM1,000,000 milik syarikat Profound Radiance Sdn Bhd melalui akaun Maybank milik Lewis & Co. bernombor 514253526286.

Bagi pertuduhan ke-18, dia dituduh menerima suatu suapan daripada Azlan Shah yang merupakan seorang Pengarah di Syarikat Profound Radiance Sdn Bhd, iaitu, sekeping cek Malayan Banking Berhad bernombor 105792 berjumlah RM700,000 milik syarikat Profound Radiance Sdn Bhd melalui akaun Maybank milik Lewis & Co. bernombor 514253526286.

Zahid didakwa melakukan ketiga-tiga pertuduhan itu sebagai upah untuk dirinya sebagai Menteri Dalam Negeri melakukan apa-apa transaksi yang sebenarnya dengan badan awam itu, iaitu melantik syarikat Profound Radiance Sdn Bhd, sebagai Pengendali Perkhidmatan One Stop Centre (OSC) di Negara Pakistan dan Nepal di Kementerian Dalam Negeri Malaysia.

Tertuduh didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di Malayan Banking Berhad, Cawangan Dataran Maybank, Aras 1, Tower A, Dataran Maybank, No. 1, Jalan Maarof, Bangsar, antara 15 Julai 2016 dan 15 Mac 2018, mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah seksyen 24(1) Akta yang sama.

Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan itu atau berbentuk wang, atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi. – BERNAMA

Kategori