Saturday, April 27, 2024

Creating liberating content

Anak Bilal Antara 21...

YAN - Seorang lelaki yang juga anak kepada seorang bilal dekat sini, tidak...

Haramkan ‘Godus’ Permainan Video...

Kini, para peminat permainan komputer boleh bermain sejenis permainan yang memungkinkan anda unutk...

TMJ Bayar Zakat RM1...

JOHOR BAHRU - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan membayar zakat...

Kes Demam Denggi Di...

GEORGETOWN - Sebanyak 587 kes demam denggi direkod di Pulau Pinang sepanjang Januari...

Zahid Ke SPRM Putrajaya Lagi Esok

PUTRAJAYA — Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi akan datang semula ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini esok untuk memberi keterangan kali kelima bagi membantu siasatan kes penyelewengan dana sebuah yayasan.

Ahmad Zahid yang juga bekas timbalan perdana menteri berkata beliau akan datang lebih awal untuk memberi keterangan.

“Esok saya akan datang lagi, kemungkinan akan lebih awal iaitu dalam pukul 9 pagi.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan media yang bersusah payah tunggu dari pagi dan taat setia media amat saya hargai kerana membuat liputan kes ini,” katanya kepada pemberita selepas selesai memberi keterangan hampir sembilan jam hari ini.

Ahmad Zahid yang juga bekas Menteri Dalam Negeri tiba pada 9.15 pagi tadi, meninggalkan perkarangan bangunan SPRM pada kira-kira 6.10 petang ini.

Pada masa sama, turut diambil keterangan adalah menantu Ahmad Zahid iaitu Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff bagi membantu siasatan kes yang sama.

Selain itu, turut hadir ialah anak Ahmad Zahid iaitu Datuk Nurulhidayah yang menemani bapanya itu.


Puluhan wartawan tempatan dan antarabangsa berkumpul di perkarangan ibu pejabat SPRM seawal 8 pagi untuk membuat liputan kes berkenaan.

Isnin lepas, Ahmad Zahid menerusi laman Twitter rasminya berkata beliau akan memberi kerjasama penuh kepada SPRM.

Semalam, presiden UMNO itu hadir ke tempat yang sama bagi memberi keterangan kali ketiga selama lapan jam bagi membantu siasatan kes yang sama.

Pada Julai lepas, Ahmad Zahid memberi keterangan sebanyak dua kali kepada SPRM berhubung kes sama. – BERNAMA

Kategori