• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wisma Putra Tidak Cukup Bajet, Kena Saman Di Paris

oleh Cj Mnh
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah mendedahkan Wisma Putra kini tidak mempunyai peruntukan mencukupi untuk menampung kos operasi pegawai dan duta Malaysia di luar negara.

Katanya, tahun ini, Wisma Putra kekurangan peruntukan sebanyak RM133 juta sehingga terpaksa merayu kepada Menteri Kewangan, Lim Guan Eng untuk memberi peruntukan diperlukan.

“Walaupun sudah dimaklumkan kerajaan tidak cukup peruntukan, kami minta juga kalau boleh RM50 juta dan akhirnya Menteri Kewangan beri juga RM40 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan usul khas ucapan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) pada 23 September lalu dijadikan sebagai kerangka asas dasar luar Malaysia Baharu di Dewan Rakyat, hari ini.

Saifuddin menjelaskan, peruntukan itu diperlukan Wisma Putra bagi menjaga kebajikan pegawai dan wakil Malaysia di luar negara serta memastikan urusan diplomatik berjalan lancar.

“Kita ada duta yang dihantar untuk mengurus lebih satu negara. Ada duta yang menjadi duta di negara A tetapi duduk di negara B. Dia hendak terbang ke negara B, Wisma Putra minta tangguh sebab tidak ada bajet.

“Punyalah azab dan daif. Kalau hendak diikutkan, dia boleh memandu kereta tetapi kena jaga ‘standard’, takkan naik kereta sampai lapan jam. Mereka pegawai diplomatik kita, takkan daif sangat (kena memandu).

“Ada pegawai kita oleh kerana kadar siling sewa rendah, dia terpaksa duduk jauh daripada kedutaan. Ini menimbulkan masalah, iaitu menaikkan kos pengangkutan.

“Ada yang lari ke kawasan yang tidak sesuai untuk seorang pegawai diplomatik. Malah kita ada satu kes, kuarters kita di Paris rosak, bumbungnya bocor, mengganggu rumah sebelah dan pemiliknya saman kita.

“Oleh itu, saya minta Menteri Kewangan dengarlah keluhan Menteri Luar ini. Berilah bajet kepada kami,” katanya. – BH Online

Tags: peruntukanWisma Putra
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Peruntukan Parlimen: “Ini Duit Rakyat, Bukan Duit Parti Politik

Peruntukan Parlimen: “Ini Duit Rakyat, Bukan Duit Parti Politik

09/08/2026
0

PETALING JAYA - Ketua Pemuda MCA Petaling Jaya, Andy Teoh Tuck Wah turut mempersoalkan tindakan kerajaan yang didakwa menyalurkan peruntukan...

Sejak Bila Kita Kena Beri Kepada Ahli Parlimen? – PMX Anwar

Sejak Bila Kita Kena Beri Kepada Ahli Parlimen? – PMX Anwar

07/08/2026
0

ALOR GAJAH - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan sejak bila peruntukan kerajaan yang disalurkan ke kawasan Parlimen perlu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd