• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Indonesia Berpura-Pura Hilang Pasport Elak Ditahan

oleh Ahmad Albab
06/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – ​​​​​Seorang wanita warga Indonesia yang gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri kepada Jabatan Imigresen ketika ditahan di sini hari ini memberi alasan pasportnya hilang ketika dia diragut tiga tahun lalu.

Ketika ditahan pada jam 9.30 pagi, wanita berasal dari Jawa Tengah dan berusia 35 tahun itu sedang bertugas sebagai penjaga tandas awam di Pasar Besar Kuantan.

Ketua Unit Operasi Imigresen Pahang Norazam Abdullah berkata ketika disoal siasat, wanita itu mendakwa telah 10 tahun menetap di negara ini dan berkahwin dengan lelaki warga tempatan lapan tahun lalu sebelum suaminya meninggal dunia pada 2014.

“Bagaimanapun kita percaya itu hanyalah alasan untuk mengelakkan diri daripada ditahan,” kata Norazam kepada pemberita selepas menyertai operasi membanteras kebanjiran pendatang asing di sekitar bandar ini di sini hari ini.

Dalam operasi yang bermula pukul 9.30 pagi sehingga 12 tengah hari, seramai 171 warga asing telah diperiksa dan daripada jumlah itu 53 ditahan atas pelbagai kesalahan Imigresen.

Mereka kemudian telah dibawa ke Jabatan Imigresen Pahang untuk tindakan lanjut.

Katanya tangkapan pada hari ini paling ramai melibatkan warganegara Bangladesh, Indonesia, dan Myanmar selain warga Vietnam.

Operasi itu melibatkan kerjasama di antara Jabatan Imigresen Pahang, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNKK), Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) seramai 63 anggota. – BERNAMA

Tags: Imigresenwarga indonesia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hanya Kerana Guna Kicap, Amah Indonesia Dipaksa Minum Air Panas, Dipukul Hingga Gigi Patah

Hanya Kerana Guna Kicap, Amah Indonesia Dipaksa Minum Air Panas, Dipukul Hingga Gigi Patah

24/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang pembantu rumah warga Indonesia mendakwa didera teruk apabila disimbah air panas, dipukul dan dipicit payudara hingga luka...

Imigresen Bongkar Aktiviti Pelupusan e-Waste Haram, Sarang Penipuan Dalam Talian

Imigresen Bongkar Aktiviti Pelupusan e-Waste Haram, Sarang Penipuan Dalam Talian

22/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen menahan 48 warga asing dalam dua serbuan berasingan di Pulau Indah, Selangor serta kawasan kediaman mewah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd