• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Perlu Kerap Lakukan Pemeriksaan Kesihatan, Ketepi Perasaan Malu

oleh
21/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Golongan wanita diminta melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala bagi mengetahui keadaan kesihatan mereka dan mengesan sebarang penyakit lebih awal terutamanya kanser payudara.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Fuziah Salleh berkata pemeriksaan secara berkala juga membolehkan wanita mengesan penyakit jantung dan kanser serviks, antara penyakit yang sering dihidapi golongan wanita.

“Wanita kena atasi perasaan malu untuk melakukan pemeriksaan dan bersikap lebih terbuka termasuk untuk melakukan pemeriksaan payudara. Jika ia dikesan pada tahap yang lebih awal maka lebih mudah untuk penyakit itu dirawat dan peluang untuk sembuh lebih cerah,” kata Fuziah, yang juga Anggota Parlimen Kuantan.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan majlis Amal Persatuan Sokongan Kanser Payudara Kuantan dan Penyerahan Dana Sumbangan di sini malam tadi, beliau berkata pada masa sama, golongan wanita juga perlu sentiasa menjaga kesihatan diri, mental dan pemakanan selain bersenam memandangkan mereka adalah tonggak kepada keluarga.

“Sebelum kita nak jaga anak-anak dan suami, kita perlulah menjaga diri kita sendiri terlebih dahulu. Jika kita sihat, barulah keluarga kita dapat dijaga dengan baik,” katanya.

Fuziah turut menyeru keluarga yang mempunyai pesakit kanser supaya memberikan sokongan berterusan kepada pesakit supaya mereka mampu pulih dan tidak mengalami tekanan. – BERNAMA

Tags: Fuziah Salleh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - "Sebagai rakyat Malaysia, kita bersyukur dengan usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan demi kestabilan ekonomi negara" Demikian...

Walaupun Malaysia Pengeluar Minyak, Kita Masih Perlu Import – Fuziah Salleh

Walaupun Malaysia Pengeluar Minyak, Kita Masih Perlu Import – Fuziah Salleh

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Hanya 48 peratus sumber minyak mentah datang dari Malaysia, manakala 38 peratus bergantung kepada laluan Selat Hormuz...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd