• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bantu Cari Jho Low Bukan Elak Disiasat SPRM

oleh Cj Mnh
30/10/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR — Anggota Parlimen Sembrong Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menafikan usahanya untuk membantu kerajaan bagi mencari serta membawa pulang Low Taek Jho atau Jho Low adalah kerana ingin mengelak daripada disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Bekas Menteri Pertahananan itu berkata jika benar beliau dikaitkan dengan apa-apa kesalahan rasuah, sudah tentu pihak SPRM akan melakukan siasatan dan mendakwanya.

“Apa yang SPRM ada terhadap saya? … saya tak lakukan rasuah, jika ada dakwaan nak siasat SPRM sampai hari ini tak ada panggil saya.

“Saya dalam hal ini (rasuah) tak terlibat, kalau orang nak cakap saya takut dengan SPRM biar SPRM sendiri dedahkan (kes rasuah),” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Hishammuddin ditanya mengenai cakap-cakap bahawa usahanya membantu Putrajaya mengesan Jho Low bertujuan untuk tidak dikenakan sebarang tindakan siasatan SPRM.

Dalam pada itu, beliau turut menafikan dirinya adalah antara 40 nama Anggota Parlimen UMNO yang dikatakan akan melompat parti untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

“Saya dah nyatakan beberapa kali saya tak akan keluar parti… orang putih kata ‘action speaks louder than words’… mana ada saya keluar parti,” katanya.

Sementara itu, menyentuh tentang pembentangan Belanjawan 2019 pada Jumaat ini, Hishammuddin berharap Kementerian Pertahanan di bawah kerajaan baharu dapat meneruskan aspek keprihatinan dan kebajikan yang dilakukan kerajaan terdahulu. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Hishamuddin HusseinJho Low
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Gaza Nikmati Semula Lapan Jam Bekalan Elektrik

Next Post

MYPPP Buat Laporan Kepada SPRM

Related Posts

‘Saya Bersemuka Dengan Jho Low, Persoalkan Gaya Hidupnya Bermewah-mewah’ – Najib

‘Saya Bersemuka Dengan Jho Low, Persoalkan Gaya Hidupnya Bermewah-mewah’ – Najib

16/01/2025
0

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini, beliau bersemuka dengan ahli perniagaan, Low Taek Jho atau lebih...

‘Mungkin Jho Low Kongsi Nombor Akaun Kepada Kerabat Arab Saudi’ – Najib

‘Mungkin Jho Low Kongsi Nombor Akaun Kepada Kerabat Arab Saudi’ – Najib

10/01/2025
0

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak memberitahu Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini, berkemungkinan nombor akaun peribadi Ambank miliknya dikongsi oleh...

Next Post

MYPPP Buat Laporan Kepada SPRM

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd