• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Unit Anjing, Bot Kesan Remaja Jatuh Lombong

oleh Cj Mnh
04/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kaedah pemantauan menggunakan bot dan anjing pengesan digunakan dalam operasi mencari dan menyelamat remaja lelaki yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam lombong di Taman Putra Perdana, Puchong di sini.

Ketua Polis Daerah Sepang, ACP Abdul Aziz Ali berkata operasi SAR dimulakan semula pada 2 petang selepas dihentikan akibat hujan lebat hampir dua jam di kawasan itu.

Katanya dua anjing pengesan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor dan bot Angkatan Pertahanan Awam digunakan dalam operasi ini.

“Pasukan penyelamat akan meletakkan anjing di dalam bot dan membuat pencarian di sekitar kawasan lombong bagi mengesan mangsa.

“Kami juga akan membuat pencarian di kawasan tebing di lombong itu,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian hari ini.

Polis sebelum ini menggunakan khidmat pasukan Penyelam Polis Marin untuk mengesan mangsa pagi tadi namun masih gagal.

“Kami akan cuba mengesan mangsa dengan menggunakan pelbagai cara yang boleh.

“Ini merupakan kes ketiga di kawasan lombong untuk tahun ini, sebelum ini dua lelaki tempatan dilaporkan lemas di lokasi sama,” katanya.

Semalam, operasi SAR Mohd Ilham Fahmi Mohd Azzam bertukar tragedi apabila enam anggota Pasukan Penyelamat Di Air ( PPDA) lemas ketika menjalankan SAR. – BERNAMA

Tags: anjing pengesanlombong
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Keputusan Hapus Tol Diketahui 2 Atau 3 Bulan Lagi

Next Post

Graduan KUIPs Diterima Belajar Di Universiti Turki

Related Posts

Kes Spanco: Muhyiddin Beri Penjelasan

Mayat Wanita Muda Ditemukan Terapung Di Lombong

24/02/2024
0

IPOH - Mayat seorang wanita yang dipercayai baru meninggal dunia ditemukan terapung di permukaan tepi lombong di Lombong Bandar Lahat...

Negeri Sembilan Jangka Mula Lombong NR-REE Tahun Ini – MB

Negeri Sembilan Jangka Mula Lombong NR-REE Tahun Ini – MB

03/01/2024
0

Seremban: Aktiviti perlombongan unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) di Negeri Sembilan dijangka dapat dilaksanakan tidak lama lagi selepas prosedur...

Next Post

Graduan KUIPs Diterima Belajar Di Universiti Turki

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd