• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tun M Tetap Berpegang Pada Janji Anwar Bakal Pengganti

oleh
22/10/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi menegaskan beliau tetap berpegang kepada janji bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengambil alih kepimpinan negara selepas beliau berundur kelak.

Bagaimanapun beliau menyerahkan kepada rakyat untuk menentukan siapa individu yang layak menjadi penggantinya.

“Saya tidak dapat tidak akan pergi, tentu akan ada pengganti…kalau orang ramai nak Datuk Seri Anwar Ibrahim (sebagai perdana menteri) mereka berhak dapat dia. Saya tidak boleh jamin (bakal pengganti menjadi perdana menteri yang baik) macam saya dulu pilih Abdullah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) saya ingat dia baik tapi tengoklah apa dia buat.

“Begitu juga Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak) anak Tun Abdul Razak, tetapi tengoklah…tetapi setakat ini, janji saya selepas saya letak jawatan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengambil alih, terpulang pada rakyat untuk tentukan,” katanya pada program Bicara Minda di Dewan Karangkraf di sini, hari ini.

Turut hadir isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Berhubung dakwaan bahawa pertuduhan yang dikenakan terhadap Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi adalah bermotifkan politik, Dr Mahathir berkata presiden UMNO itu perlu membuktikan di mahkamah bahawa beliau tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan yang dihadapinya.

“Tunjuklah bukti dia tidak buat salah, bahawa 45 tuduhan (ke atasnya) adalah rekaan kita…tunjuk pada kita dengan bukti, dokumen mesti ada barulah boleh tuduh kita sengaja nak ambil tindak balas (terhadapnya).

“Tuduhan ini dibuat oleh Attorney General (AG) (Peguam Negara Tommy Thomas) dan AG bukan orang politik, dia orang luar…dia (peguam negara) juga orang yang menentang saya dulu. Peguam Negara tidak boleh buat tuduhan melainkan ada bukti yang boleh diterima oleh mahkamah,” katanya.

Ahmad Zahid menghadapi 45 pertuduhan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 19 Okt lepas.

Kepada persoalan oleh moderator program bicara minda, Tan Sri Johan Jaaffar adakah beliau masih menyayangi bekas partinya iaitu UMNO, Dr Mahathir menjawab ‘UMNO sudah tiada lagi’.

“UMNO yang saya pimpin dahulu berpegang pada perjuangan yang kita janjikan untuk bangsa, agama dan negara tetapi kini perjuangan UMNO adalah untuk kekalkan Najib sebagai pencuri terbesar,” katanya.

Perdana menteri turut menegaskan beliau bukan seorang pendendam kerana jika berperasaan sedemikian, sudah tentu beliau tidak boleh bekerjasama dengan banyak pihak.

“Saya (kini) bekerjasama dengan orang yang dulu panggil saya ‘mahazalim’ ‘mahafiraun’ itu pun saya berbaik dengan mereka,” katanya.

Dalam perkembangan lain, ditanya sama ada negara mampu mencapai Wawasan 2020 iaitu menjadi negara maju menjelang tahun 2020, perdana menteri berkata proses pembangunan negara akan mengambil masa meskipun kerajaan mempunyai cara untuk mempercepatkannya.

Ini kerana, menurut beliau, negara telah kehilangan masa antara 13 dan 14 tahun berikutan kegagalan kerajaan sebelum ini melaksanakan usaha bagi mencapai wawasan itu, sebaliknya bertindak mengubah dan meminda dasar sedia ada.

“Maka itu kita tidak boleh capai matlamat yang kita susun, jadi sekarang kita nak kembali dengan tambahan industri baru, pendekatan baru, kecekapan lebih tinggi. Dengan itu mungkin kita dapat capai Wawasan 2020 tetapi mungkin pada tahun 2025,” katanya. – BERNAMA

 

Tags: Mahathir Mohamad
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

04/08/2022
0

Satu gagasan baru berteraskan agenda Melayu dan Islam yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad bakal ditubuhkan. Ikuti Mynewshub: Telegram Pada majlis solat...

Tun M Minta Semak Semula Bajet 2022

02/11/2021
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta kerajaan menyemak semula Bajet 2022, belanjawan terbesar dalam sejarah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd