• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tun M Akui Jadi PM Sekarang Lebih Sukar, Mencabar

oleh
22/10/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui menjadi perdana menteri dalam senario politik masa kini lebih sukar kerana beliau tidak lagi memimpin sebuah parti dominan dalam kerajaan.

Beliau turut mengakui situasi hari ini berbeza berbanding ketika zaman beliau memegang jawatan tersebut selama 22 tahun dalam pentadbiran terdahulu.

“Dulu pimpin parti dominan kita ada suara terbesar di mana yakin apa yang dicadang mendapat sokongan.

“Sekarang kita ada empat parti dalam Pakatan Harapan (PH) yang berbeza ideologi. Jadi kalau saya nak buat sebarang keputusan, saya perlu ‘convince’ (yakinkan) parti-parti dalam PH,” katanya dalam program Bicara Minda yang dikendalikan wartawan veteran, Tan Sri Johan Jaaffar di Dewan Karangkraf di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata beliau terpaksa menyesuaikan pemikirannya dengan aliran sosialisme dan liberalisme dalam kalangan pemimpin PH.

“Ada mirip pemikiran sosialisme, ada liberalisme. Jadi saya terpaksa terjemahkan sesuatu perkara ini untuk disesuaikan dengan pelbagai aliran pemikiran yang ada,” katanya.

Dr Mahathir turut menarik perhatian bahawa ketika beliau menjadi perdana menteri pada 1981, keadaan kerajaan serta negara berada dalam keadaan tersusun, di mana ketika itu beliau hanya membuat keputusan dan jentera kerajaan akan membuat kerja.

Namun, beliau berkata sebaliknya berlaku ketika ini apabila kerajaan yang ditinggalkan pentadbiran terdahulu sangat teruk.

Perdana menteri juga menyifatkan dakwaan bahawa PH adalah anti Islam serta pendukung liberal dibuat oleh musuh kerajaan.

Menyentuh mengenai kebebasan media, Dr Mahathir berkata media kini lebih bebas berbanding ketika pentadbiran kerajaan terdahulu.

Katanya, beliau mengamalkan toleransi terhadap media sejak menjadi perdana menteri keempat lagi bermula 1981.

Malah, Dr Mahathir berkata, beliau tiada masalah berdepan dengan media kerana memberinya peluang untuk menjelaskan sesuatu isu.

Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan akan menghantar menteri-menteri Kabinet menghadiri kursus untuk meningkatkan prestasi mereka.

“Sekolah ada tetapi tak formal, kita tak masukkan mereka dalam kelas, tetapi ada usaha untuk meningkatkan kebolehan mereka melalui kursus yang akan diadakan di Intan (Institut Tadbiran Awam Negara),” katanya.

Sebelum ini wartawan veteran, Datuk A.Kadir Jasin yang juga penasihat media dan komunikasi perdana menteri berkata, pemimpin PH yang memegang jawatan perlu ‘disekolahkan’ sebelum rakyat hilang keyakinan kepada kerajaan sekarang.

Kadir dilaporkan berkata menteri akan mendapat kebaikan jika ‘disekolahkan’ bagi mengubah acuan minda mereka daripada pembangkang kepada kerajaan.

Dr Mahathir juga berpendapat kerajaan pada masa kini memerlukan pembangkang di Dewan Rakyat dalam usaha menjadi semak dan imbang kepada kerajaan.

“Parti lawan penting. Kalau tak ada mereka, ia ibarat melihat diri sendiri dalam cermin. Kita tengok rupa sendiri cantik tapi orang lain tak begitu,” katanya.

Mengenai tuduhan bahawa beliau mengamalkan ‘flip-flop’ dalam keputusan kerajaan, Dr Mahathir mengakui kerajaan PH pada masa kini tidak dapat melaksanakan semua janji pilihan raya dan terpaksa membuat sedikit penyesuaian.

Perdana menteri berkata ini kerana, kerajaan berdepan dengan keadaan kewangan negara yang tidak mengizinkan.

“Kalau orang nak kata ‘flip-flop’ (kerana) terpaksa ubah, tak apalah,” katanya.

Sementara itu menjawab soalan daripada seorang penonton sama ada kerajaan PH akan melaksanakan pilihan raya kerajaan tempatan dalam masa terdekat, beliau berkata buat masa ini kerajaan belum bercadang berbuat demikian dengan mengambil kira ketidakseimbangan jumlah komposisi kaum di bandar dan luar bandar. – BERNAMA

Tags: Mahathir Mohamad
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

‘Oktoberfest’, Pesta Arak Dua Perkara Berbeza

Next Post

Pengorbanan Ibu, Abang Pembakar Semangat Hazim

Related Posts

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

04/08/2022
0

Satu gagasan baru berteraskan agenda Melayu dan Islam yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad bakal ditubuhkan. Ikuti Mynewshub: Telegram Pada majlis solat...

Tun M Minta Semak Semula Bajet 2022

02/11/2021
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta kerajaan menyemak semula Bajet 2022, belanjawan terbesar dalam sejarah...

Next Post

Pengorbanan Ibu, Abang Pembakar Semangat Hazim

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd