• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

7 Merusuh Semasa Pemilihan PKR Tanjong Karang

oleh
30/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Polis menahan tujuh individu bagi bantu siasatan kejadian merusuh semasa pemilihan PKR Cabang Tanjong Karang petang semalam kata Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Supt Md Asri A Wahab.

Menurutnya kesemua lelaki berusia antara 19 dan 49 tahun itu ditahan antara pukul 9 malam hingga pukul 10.30 malam semalam, setelah mereka menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor dekat sini.

“Selain merusuh, kedua-dua pihak dari kem yang bertanding dalam pemilihan itu juga ada melakukan ugutan sesama mereka. Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Md Asri, tiada individu mengalami kecederaan serius dalam kejadian berkenaan dan tiada sebarang senjata digunakan.

Semalam berlaku kekecohan ketika pemilihan PKR cabang itu yang berlangsung di Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Gulang-Gulang, Tanjong Karang apabila penyokong dua calon Ketua Cabang bergaduh kerana berebut pengundi.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 3.30 petang apabila penyokong calon yang bertanding masing-masing cuba memujuk pengundi di pintu masuk, sebelum kekecohan tercetus sehingga membawa kepada tumbuk-menumbuk serta berbaling kerusi.

Insiden itu berlaku hampir seminit sebelum berjaya dileraikan pihak polis dan anggota parti. – BERNAMA

Tags: Pemilihan PKR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dakwaan Pemilihan Semula PKR Palsu – Zaliha

Dakwaan Pemilihan Semula PKR Palsu – Zaliha

09/09/2022
0

PETALING JAYA : Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR, Dr. Zaliha Mustapa menafikan dakwaan bahawa pemilihan di lebih 50 cabang...

Rafizi Peroleh Undi Tertinggi Di Melaka

29/05/2022
0

KUALA LUMPUR : Bekas Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli memperoleh undi tertinggi di Melaka bagi jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd