• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TUDM Mula Hantar Misi Bantuan Ke Sulawesi

oleh
04/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUBANG – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hari ini menghantar sebuah pesawat A400M untuk memulakan misi bantuan kemanusiaan bagi mangsa tsunami dan gempa bumi di Palu, Sulawesi, Indonesia.

Komander Pangkalan Udara Subang, Brigedier Jeneral Datuk Muhammad Mudzamir Ong Abdullah TUDM berkata penerbangan pertama akan bertolak awal pagi esok ke Jakarta sebelum meneruskan penerbangan ke Kota Palu, Sulawesi.

“Pesawat A400M akan digunakan untuk mengangkut peralatan-peralatan seperti jentera berat untuk misi menyelamat mangsa dari Jakarta ke Palu.

“Operasi sebenar akan bermula dari Jakarta ke Palu yang akan mengambil masa dua jam 45 minit dan untuk misi ini kita akan membuat dua penerbangan dari Jakarta ke Palu setiap hari untuk tempoh operasi selama empat hari,” katanya kepada pemberita selepas memeriksa persiapan misi, di sini malam ini.

Menurutnya pesawat A400M tidak menghadapi banyak masalah untuk mendarat di Palu kerana ia mampu untuk terbang dan mendarat di landasan yang pendek.

Gempa bumi disusuli tsunami yang melanda pulau Sulawesi, Jumaat lalu, telah menyebabkan kemusnahan serta ratusan maut dalam bencana dahsyat tersebut.

“Kerajaan Indonesia sememangnya menantikan bantuan daripada pihak TUDM yang memiliki pesawat pengangkut A400M yang berkeupayaan untuk membawa muatan bersaiz lebih besar serta lebih berat berbanding kemampuan pesawat C130H,” katanya.

Katanya TUDM sentiasa dan akan terus komited untuk menghulurkan bantuan serta memberi kerjasama yang padu terutama dalam kalangan negara serantau yang mengalami keadaan darurat seumpama itu.

Misi ini disertai oleh 23 anggota TUDM dan tiga wakil media tempatan dengan membawa muatan bekalan seberat 22 tan.

Gempa bumi disusuli tsunami sehingga enam meter yang menjejaskan Palu dan Donggala itu menyebabkan lebih 1,200 mangsa terkorban manakala lebih 50,000 orang hilang tempat tinggal.

Laporan media menyebut lebih 200,000 mangsa gempa memerlukan bantuan kecemasan segera. – BERNAMA

Tags: TUDM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

TUDM Tidak Kompromi Terhadap Sebarang Salah Laku Atau Pelanggaran Disiplin

TUDM Tidak Kompromi Terhadap Sebarang Salah Laku Atau Pelanggaran Disiplin

07/01/2026
0

Kuala Lumpur: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tidak akan berkompromi terhadap sebarang salah laku dan pelanggaran disiplin membabitkan setiap warganya...

TUDM Sahkan Pendaratan Kecemasan Pesawat Latihan Di LTSAH

TUDM Sahkan Pendaratan Kecemasan Pesawat Latihan Di LTSAH

19/08/2025
0

ALOR SETAR: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengesahkan berlakunya kes pendaratan kecemasan melibatkan sebuah pesawat latihan Pilatus PC-7 MkII di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd